” Seb4k tengok saat Sazali pel0k anak, tahniah.. ” – Netizen

Jaguh Bina Badan Negara, Sazali Samad Kongsi Video Momen Terindah Apabila Anaknya, Hisyamuddin Diumumkan Memperolehi 9A Dalam SPM. Alhamdulillah, Syabas !!

Meninjau di akaun Instagram jaguh bina badan negara, Sazali Samad turut tidak ketinggalan berkongsi momen terindah saat menemani anak lelakinya yang dikenali dengan nama Hisyamuddin mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 baru-baru ini di sekolah.

Paling istimewa, Hisyamuddin telah memperolehi keputusan 9A dalam peperiksaan tersebut. Kelihatan dalam video, saat nama Hisyamuddin diumumkan oleh guru, Sazali terus memel0k Hisyamuddin dan naik bersama ke pentas menemani Hisyamuddin menerima slip keputusan SPM.

Malah, Hisyamuddin dirakam masuk ke dalam surau dan melakukan sujud syukur atas kejayaan yang diperolehinya. Menerusi kapsyen pula, Sazali telah memberikan kata ucapan terima kasih kepada semua guru yang sabar mendidik pelajar-pelajar hingga berjaya.

Perkongsian video oleh Sazali telah ditonton lebih 27 ribu tontonan dan menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Wah jelas terpancar kegembiraan Sazali saat anaknya diumumkan memperolehi keputusan cemerlang.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya turut tersentuh menonton detik kejayaan yang diperolehi oleh anak Sazali dan memberikan ucapan tahniah. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alhamdulillah. Congrats Abang Sazali and family. Tumpang happy tengok, rezeki anak abang, syukur.. “

” Seb4k tengok saat Sazali pel0k anak, tahniah. Antara bapa contoh yang terbaik sentiasa memberikan semangat kepada anak-anak.. “

” Saya pulak yang terharu, alhamdulillah tahniah kepada anak Sazali, semoga terus berjaya di masa hadapan.. “

” Tahniah2 Hisyamuddin untuk keputusan cemerlang SPM. Satu kebanggaan buat ayah kamu, semoga Hisyamuddin akan terus jadi anak kebanggaan keluarga nanti.. “

” Alhamdulillah, tahniah Abg Sazali. Men1tik air mata saya tengok video ni. Doakan anak-anak saya juga berjaya macam anak Abg.. “

” Tahniah bro. Alhamdulillah. Inilah hasilnya parents n siblings yg supportive, penyayang. Doa ibubapa. N usaha yg berterusan dr adik sndiri.. “

” Alhamdulillah tahniah. Bagus Hisyamuddin buat sejud syukur. Semoga akan jadi abang yang terbaik buat adik-adik nanti.. “

Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada anak Sazali atas kejayaannya memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM 2021. Semoga selepas ini Hisyamuddin akan lagi melakar kejayaan dalam peringkat pelajaran seterusnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sazali Samad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..