” Kenangan dan membahagiakan orang tersayang tu yang penting.. ” – Netizen
Perkongsian Aeril Zafrel Menjamu Selera Air Tangan Chef Terkenal, Salt Bae Raih Perhatian Ramai. Wah, Sekali Harga Makanan Memang Terkej0t Sungguh. Boleh Tahan Harga !!
Pada ketika ini, pasangan sama cantik sama padan iaitu Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal sedang bercuti di London, United Kingdom. Turut serta bersama mereka ialah Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob.
Menerusi akaun Instagram, Aeril ada berkongsi sebuah video di mana mereka sedang menikmati hidangan stik di sebuah restoran mewah milik tukang masak terkenal iaitu Salt Bae. Sebelum menikmati hidangan mereka disajikan dengan persembahan chef tersebut menyediakan makanan.
Aeril juga menerima suapan daging stik daripada Salt Bae dan mereka dilihat sangat terhibur dengan cara persembahan makanan dari Chef tersebut. Malah daging yang disediakan nampak begitu menyelerakan.
Namun di akhir video, Aeril telah menerima bil makanan tersebut dan apabila ditukarkan ke dalam nilai mata wang Malaysia, harga makanan tersebut bernilai lebih daripada 10 ribu ringgit. Wah, patutlah terkej0t masing-masing.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyatakan berbaloi dan ada juga merasakan ia membaz1r. Antara komen-komen yang diberikan :
” Fuhh.. maila seketol nak rasa.. mampu telan air liyor je ni.. 10k mcm 100 je bg org have2… ok la harga tu.. kata p la bg sedap hati kat Aku yg tak mampu lg ni.. “
” Makan untuk setahun, takpaa.. kenangan n bahagiakan org tersayang tuh yg penting… 10 k tu apa lah sangat kalau retis mcm 10 ringgit.. “
” Garam campur sweat kat lengan. Mesti masin sikit ni.. Pejam mata jelah 10K tu .. takpe have have.. 10k mcm nak kenduri belanjer makan takpe utk fmly.. “
” 10K nang1s fuhh tapi best happy .. Ya Allah…steak dia terliur ku tengokkk.. Ok la mkn kt obersea bbaloi dh tu dgn harga.. “
” 10k abis trus duit dpt kwsp ritu.. takpe makan ramai2 takde rasa sgt.. Share2 takpe tak terasa sangat.. Kalau sak1t perut bu4ng esok takpun lusa. Takde la rasa rug1 sangat.. “
” MasyaaAllahh p1tamm tengok hargaaa, ni nak cuci pinggan 10 tahun pun belum tentu habis bayar .. Dia tabur ape tu, mcm terkena lengan dia.. “
Aeril juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar selfie bersama chef tersebut. Pastinya makanan tersebut berbaloi dengan harganya bukan. Sesekali berbelanja besar untuk keluarga tersayang jika berkemampuan apa salahnya, pasti rezeki akan bertambah murah selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aeril Zafrel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..