” Suka tengok cara Harris layan isteri, perlahan-lahan didik.. ” – Netizen

Video Harris Annuar Menghadiahkan Telekung Dan Membacakan Hadith Untuk Isterinya Raih Perhatian Peminat. Lembut Je Cara Harris Layan Asha. Reaksi Asha Masa Terima Telekung Tu Sweet Sangat !!

Pelakon Harris Annuar sedang meniti bahagia setelah baru sahaja mendirikan rumahtangga bersama kekasih pilihan hatinya, Asha Merican. Meninjau di akaun Instagram, Harris berkongsi beberapa video ‘sweet‘ bersama Asha.

Perkongsian video pertama memaparkan Harris telah membuat kej0tan kepada Asha dengan menghadiahkan sepasang kain telekung dan reaksi Asha dalam video dilihat tersenyum ketika menerima hadiah itu.

Manakala video kedua pula, Harris merakamkan saat dirinya sedang membaca sebuah buku hadith buat Asha. Perkongsian kedua-dua video itu telah menarik perhatian warganet dan peminat Harris dan Asha.

Ramai meluahkan rasa suka mereka dengan sikap dan cara Harris yang cuba untuk menjadi seorang suami yang baik dan mendidik isteri kesayangannya. Sehingga kini perkongsian video oleh Harris tersebut telah mendapat puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video Harris dan Asha dan mendoakan kesejahteraan rumahtangga pasangan ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Swettnyaaa korang, suka lah tengok cara Harris layan isteri, pelan2 didik isteri, moga korang bahagia hingga ke syurga.. “

” Ad0i mahu menang1s tengok cara Harris baca buku untuk Asha tu, sweet sangat lah, alahai kita pun dengar sampai habis.. “

” Alhamdulillah, takpe Harris, insyaallah pasti akan ada hasilnya nanti. Moga rumah tangga Harris dan Asha akan terus bahagia.. “

” Tahniah. Sy mnt sgt dgn lakonan isteri awok ni. Dok sangke betul jd isteri Harris. Tahniah both of u. Mg kekal bahagja hgga syurga Allah.. “

” Alhamdulillah. Niat dan usaha pasti meraih hidayahNya. Suker tgk korang berdua, semoger bahagia hingga ke jannah, aminnn.. “

” Hakikat cinta ada disurga, sukses seorang suami ketika dia mampu membawa istri ke dalam surga. Smg bahagia dunia akhirat bang.. “

” Hebat. Permulaan yg sangat bagus. Semoga Harris akan dapat jadi suami yang baik buat Asha, btw love sangat tengok.. “

” Suami yang baik pasti isterinya baik. Ala so sweet pengantin baru. Moga jadi asbab kebaikan. Jom semua hidupkan taklim rumah.. “

Memang sweet lah tengok cara Harris melayan Asha, jelas nampak kebahagiaan pasangan pengantin baru ini. Apa-apa pun, semoga rumah tangga Harris dan Asha akan terus berkekalan dan bahagia bukan sahaja di dunia malah sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Harris Annuar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..