” Alahai ger4m tengok Jebat buat muka cute sambil nyanyi, hehe.. ” – Netizen

Video Terbaru Sharnaaz Ahmad Dan Anaknya, Jebat Jayden Menyanyikan Sebuah Lagu Buat Peminat Terhibur. Comel Betul Jebat, Dengan Rambut Mushroom Tu Tersenyum-Senyum Sambil Menyanyi, Haha !!

Terhibur sungguh melihat keletah comel dan bijak anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden. Ada sahaja video yang dikongsikan oleh Sharnaaz mahupun Nabila di akaun Instagram mereka yang selaliu menarik perhatian umum.

Terbaru, Sharnaaz telah memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang menyanyikan sebuah lagu bersama Jebat. Tulis Sharnaaz di kapsyen, lagu yang dinyanyikan mereka adalah bertajuk Bunyi Gitar Irama dan menyatakan Jebat ini mempunyai bakat menyanyi.

Sekadar info, lagu Bunyi Gitar Irama ini memang diminati bagi kanak-kanak yang telah mengikuti cerita animasi Upin & Ipin musim 15 bertajuk Muzikal Kampung Durian Runtuh. Lagu tersebut telah dinyanyikan oleh watak Abang Iz dalam cerita itu.

Perkongsian video oleh Sharnaaz tersebut telah menarik perhatian umum. Teletah dua beran4k ini sedang menyanyi membuatkan ramai peminat terhibur, lebih-lebih lagi melihat gelagat Jebat yang teruja untuk menyanyi.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video terbaru Jebat dan Sharnaaz. Malah pelbagai respon telah diberikan mereka setelah melihat kecomelan Jebat dalam video. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alahai ger4m tengok Jebat buat muka cute sambil nyanyi, hehe. Suka tengok dua beran4k ni bila nyanyi.. “

” Jebat awat comel sangat ni, bukan Jebat ja, baba Jebat pun comel lah. Senyum ja Jebat, manis sungguh lah.. “

” Mata Jebat kat camera jeee. Comelnyaaa Ya Allahhhh dengan rambut mushroom dia tu, tersengeh2, ger4m tengok.. “

” Mamu handsome ter0k lah sekarang, Jebat comel. Hehe nyanyi lagu Abg Iz ke, mesti suka layan upin ipin ni.. “

” Alolo comey Jebat da pandai nyanyi dah, siap gaya awal2 tu paling tak tahan, hehehe buat nada sendiri.. “

” Haha, lagu Abg Iz Upin Ipin. Rasa bahagia tengok Sharnaaz dan Jebat isi masa bersama, sweet sangat.. “

” Eeeee ger4mmm lah Jebat ni, hahaa kalau menyanyi tu kemain lagi gayanya. Kejap dah besar handsome boy ni.. “

Amboi suka betul Jebat dapat nyanyi dengan baba. Sebelum ini, Sharnaaz ada berkongsi video sedang menyanyi di dalam kereta dan Jebat turut ikut bersama menyanyi meskipun dirinya tidak tahu lirik lagu itu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..