” Dia punya senyum tu, mentang-mentang awek yang bukak slipper.. ” – Netizen

Sharnaaz Ahmad Kongsi Video Hari Pertama Menghantar Jebat Jayden Ke Sekolah Bersama Noor Nabila. Wah Bagusnya Jebat, Nampak Excited Betul. Part Last Tu Babanya Juga Paling Win !!

Diam tak diam, sudah 4 tahun usia anak tunggal Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden. Seperti kebanyakan anak selebriti lain, pada usia ini mereka sudah pun mula dihantar ke sekolah untuk merasai suasana bergelar pelajar.

Meninjau akaun Instagram Sharnaaz Ahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan keadaan sebelum dan semasa Sharnaaz bersama Nabila menghantar Jebat ke sekolah. Hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah, Jebat kelihatan sangat gembira.

Dengan muzik latar Tan Sri P Ramlee berjudul Anakku Sazali, gelagat comel Jebat begitu menghiburkan. Seperti biasa, Jebat yang pemurah dengan senyuman dan peramah seperti babanya ini tidak kek0k walaupun baru bertemu dengan cikgu di situ.

Tersenyum sahaja Jebat ketika cikgunya membukakan kasut dan memimpin tangan berjalan menuju ke kelas. Sharnaaz juga seperti kebanyakan bapa lain, rela ‘tercong0k’ menunggu di hadapan sekolah sehingga Jebat habis waktu persekolahan. Siap berkipas lagi, haha.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Sharnaaz ini telahpun meraih hampir 25 ribu likes daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Dah besar, pergi skolah dah dia.. seb4k pulak kan.. jangan la cepat sangat. Semoga Jebat jadi anak yang berjaya dunia dan akh1rat.. “

” Aii seb4k pulak, Semalam tgk Aafiyah anak Tokti gi sekolah first day. Harini tgk Jebat anak Mamu pula gi sekolah.. Time flies so so fast kan.. “

” Fiderman goes school. Jebat pintar nak sekolah dah. So cute senyum Jebat, sweet sangat.. “

” Comelnya dia, suka nampak dapat pergi sekolah. Baguslah Jebat, semangat macam ni yang kita mahu.. “

” Mentang-mentang ada cikgu cantik pimpin tangan boy, menonong je jalan ek.. Jebat Jayden yang murah dengan senyuman.. “

” Comel je Jebat dengan teacher dia. Dia punya sengih masa teacher dia bukak kasut tu.. “

” Happynya dia lambai baba nak masuk sekolah. Dia punya senyum tuh, mentang mentang awek bukak slipper suka eh Jebat.. “

” Fyderman yang msuk school kita plak sed1h. Paling best part last, dah kenapa duduk dengan kipas dekat luar tu. Tunggu anak balik sekolah ye bang hahha.. bapak mithali.. “

Senang kerja baba dan mummy, Jebat memang good boy sangat. Semangat hendak belajar itu bagus dan semoga Jebat dipermudahkan untuk menimba ilmu bersama kawan-kawan baru. Bud4k ‘air soyaq’ ni dah besar lah, selamat bersekolah Jebat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharnaaz Ahmad, IG Jebat Jayden

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..