” Lembut je nampak raut wajah Fasha, artis yang sangat humble.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Dan Video Fasha Sandha Bersama Aidil Aziz Menghadiri Majlis Perkahwinan Sepupu Aidil Raih Perhatian Peminat. Berseri Fasha, Macam Pengantin Pulak !!

Sebut sahaja nama Fasha Sandha, pasti peminat membayangkan figura yang lemah lembut percakapannya ini. Sikap Fasha yang mesra disenangi oleh peminat malahan peminat juga suka melihat kemesraan Fasha bersama keluarga mertuanya.

Meninjau akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memperlihatkan Fasha bersama suaminya, Aidil Aziz menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Ianya adalah majlis salah seorang sepupu Aidil.

Fasha yang memakai busana kurung songket berwarna grey digayakan bersama selendang di kepala membuatkan Fasha nampak lebih berseri-seri. Tanpa makeup, wajah cantik semulajadi Fasha menjadi topik perbualan di kalangan peminat.

Tidak hanya gambar bersama Aidil, malahan ibu Aidil dan bapanya, serta kedua mempelai juga ada disertakan bersama dalam posting ini. Bak kata Aidil, pengantin lama tumpang feeling jadi pengantin baru.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Aidil turut berkongsikan video semasa majlis perkahwinan ini berlangsung di Instagram miliknya.

Hampir 23 ribu tanda suka telahpun dicatatkan untuk posting ini. Rata-ratanya memuji penampilan Fasha dan antara komen-komen peminat :

” Cantiknya ibu, pengantin lama dan pengantin baru ni. Natural beauty betul, tak makeup pun lawa g1la.. “

” Cantiknya sis and baju pun cantik. Even less makeup, lembut je nampak raut wajah Fasha ni. Pandai sesuaikan pakaian dengan majlis, sejuk mata memandang.. “

” Cantiknya, less makeup. Makin hari makin manis. tak sempat nak ambil gambar. Panjang sangat barisan, artis yang sangat humble dan tak somb0ng bila orang ajak bergambar.. “

” Macam yang ni pulak pengantinnya hehe. Lawalah Fasha tak makeup pun tetap g0rgeous. Pendapat sy ttg gambar ini. Fasha amat disenangi oleh saudara mara. Very humble.. “

” Pretty ingatkan ada 2 pasangan pengantin baru tadi. Cantikknya kak, truly perempuan Melayu terakhir.. “

” Aaiihh Sha, nanti org c0nfuse mana satu pengantin ni. You’re so g0rgeous lah. mcm ank dar4 tgk fasha kai bju cm tu.. “

” Fasha ni natural beauty la. Cantik. mana 1 pengantin ni, i is confuse haha. Alhamdulillah sopan je. Nampak sangat humble.. “

Simple namun tetap nampak gorgeous, itulah Fasha Sandha di mata peminat. Sama berseri dengan pengantin baru tahu Fasha hehe. Apa pun, tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk kedua mempelai dan semoga berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha, IG Aidil Aziz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..