” Anak kedua sama muka dengan abangnya, Zaki Yamani.. ” – Netizen

Gambar Keluarga Dato’ Jamal Abdillah Raih Perhatian Ramai. Comel-Comel Anak Dato’ Jamal Dan Sudah Makin Besar Semuanya !!

Raja Pop Malaysia iaitu Dato’ Jamal Abdillah mula aktif dalam bidang seni sejak dari tahun 1973 lagi. Walaupun sudah lebih 4 dekad dalam bidang ini, Dato’ Jamal masih mampu mengekalkan popularitinya dan masih diminati ramai.

Meninjau ke akaun Instagram Officialhlive, p0sting terbaru yang memaparkan beberapa keping gambar keluarga Dato’ Jamal telah meraih perhatian ramai. Dato’ Jamal bersama isterinya, Datin Zai Izatti serta tiga orang cahaya matanya.

Datin Zai Izatti merupakan perkahwinan keempat Dato’ Jamal dan Dato’ Jamal mempunyai dua orang lagi cahaya mata menerusi dua perkahwinannya yang terdahulu iaitu Osama Yamani dan Zaki Yamani yang sudah meningkat remaja.

Menerusi perkahwinannya kini dikurniakan Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani dan Iskandar Rayyan Yamani. Ketiga-tiga cahaya mata Dato’ Jamal ini comel-comel belaka dan banyak seiras dengan abang-abang mereka juga.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai memuji wajah comel ketiga-tiga anak Dato’ Jamal. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Comel anak datuk.. Penatnya tengok apatah lg yang melalui.. Azura dan Iskandar Rayyan rupa Osama dan Babanya.. “

” Subhanallah comel anak2 nya.. lama tak jumpa korang.. Bila la dpt jumpa hensem boy ni.. semoga membesar jadi anak soleh.. “

” Anak ke dua Zack sama muka dgn Abang nya Zaki Yamani.. cute semua baby.. keluarga bahagia.. anak anak comel.. “

” MasyaAllah Keluarga bahagia Semoga Allah permudahkan semua urusan kita.. comel comel semuanya anak datuk datin.. “

Sehingga kini , gambar keluarga Dato’ Jamal ini telah menerima lebih daripada 2 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dikongsikan. Walaupun jarak usia Dato’ Jamal dan isteri yang jauh lebih muda, namun pasangan ini nampak sangat sepadan.

Kami di Berita Kopak berharap semoga Dato’ Jamal Abdillah sentiasa bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta. Sememangnya anak-anak Dato’ Jamal comel semuanya, mewarisi ibu dan bapa mereka yang cantik dan segak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ZaiIzati, Officialhlive

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..