” You saja buat i rindu dekat ibu you.. ” – Shuib Sepahtu
Video Telatah Anak Perempuan Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra Yang Menceritakan Kembali Kenangan Bersama Arw4h Ibunya. Alahai Dekta, Gaya Tu Memang Sebiji Betul Dit1runya !!
Baru sahaja meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-9 tahun baru-baru ini, anak perempuan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Dzahira Talita Zahra turut menjadi perhatian ramai dengan gaya dan gelagatnya.
Ada yang mengakui gaya kanak-kanak ini ketika bercakap saling tidak tump4h seperti arw4h ibu tersayangnya, Siti Sarah Raissuddin. Talita ataupun lebih dikenali dengan panggilan Dekta, merupakan anak perempuan tunggal Shuib dan arw4h Siti Sarah.
Meninjau di akaun Instagram Daebakingz, telah berkongsi satu video yang merakamkan telatah Dekta sedang bercerita kenangan saat dia makan bersama Siti Sarah kepada Shuib. Dilihat dalam video itu turut ada bersama adalah adik beradik Dekta yang lain, iaitu abangnya, Uwais dan adiknya, Matin.
Boleh dikatakan setiap gaya arw4h Siti Sarah, Dekta men1ru dan ingat saat kenangan manis bersama dengan ibu tersayangnya. Kedengaran Shuib telah berkata bahawa apa yang diceritakan oleh Dekta tersebut membuatkan dirinya terus merindui arw4h Siti Sarah.
Jom tonton video di bawah ini :
Alahai Dekta, comel lah bila t1ru gaya ibu tu. Seb4k pun ada bila melihat telatah anak-anak Shuib ini bila merindui belaian arw4h ibu mereka. Namun kenangan bersama ‘syurga’ mereka tidak pernah sekali pun terp4dam dalam ingatan mereka.
Apa-apa pun, semoga Shuib dan keluarga akan terus kuat menjalani kehidupan baru tanpa arw4h Siti Sarah di sisi dan semoga anak-anak Shuib ini membesar dengan baik dan menjadi anak-anak yang soleh serta solehah, insyaAllah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Daebakingz, Siti Sarah Raissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..