” Ziana ni diraikan di mana sahaja, namanya cukup besar tapi tetap merendah diri dan simple.. ” – Netizen

Video Reaksi Ziana Zain Diberi Kej0tan Kek Hari Lahir Di Set Penggambaran Raih Perhatian Peminat. Awet Muda Betul Ziana Ni, Maintain Je Muka !!

Meninjau akaun Instagram Ziana Zain, telah dikongsikan satu video yang memperlihatkan suasana ketika Ziana berada di set penggambaran drama. Cerita Ziana di kapsyennya, difikirkan perlu membuat montage dan Ziana setia menunggu di set.

Rupa-rupanya director, kru dan barisan pelakon yang lain sudah berpakat untuk memberi surprise birthday untuk Ziana. Walaupun ianya disambut lewat dari tarikh sebenarnya iaitu bulan lalu, namun ianya tetap meriah.

Dalam video tersebut, kelihatan Reen Rahim membawa kek ke arah Ziana yang sedang duduk di kerusi sambil diiringi nyanyi lagu selamat hari jadi daripada semua yang berada di situ. Ziana juga turut menyanyi bersama-sama rakan sekerjanya ini.

Memberikan sepatah dua katanya, Ziana mendoakan agar semua diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang berpanjangan. Cara Ziana memad4mkan api lilin keknya juga menjadi perhatian peminat, sopan sahaja caranya.

Jom tonton video di bawah :

Ucapan selamat hari lahir turut diberikan oleh peminat untuk figura kesayangan mereka ini. Antara komen-komen peminat :

” Happy birthday kak Ziana, Alhamdulillah… Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki. Amin.. “

” Alhamdulillah. Salam ulang tahun kelahiran mu kak ziana zain. semoga panjang umur murah rezeki dan selalu diberkhati allah hendaknya aminnn aminnn yrb alaminnn.. “

” Happy birthday kak ZZ, semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa cantik serta awet muda. Kak Ziana sentiasa suka mendoakan semua.. “

” Padam lilin dengan cara tepok tangan. SubhanAllah indah sungguh dalam menjaga adab. Selamat hari lahir buat zianazain semoga sentiasa didlm rahmat dan kasih syg Allah.. “

” Sebab tahun ni raya jat0h sama haribulan 2 mei jadi birthday pun sebulan lah kan hehe. comel je cara padamkan api lilin tu, ayu je tengok.. “

” Ziana ni diraikan di mana sahaja, namanya cukup besar tapi tetap merendah diri dan simple. Sopan padam lilin guna tangan, suka tengok Ziana. Menjaga tatasusila.. “

” Happy Birthday Ziana semoga diberikan kesihatan yg baik, maju jaya dlm kerjaya dan hidup aman damai dan bahagia bersama keluarga kekal hingga keJannah aamiin3x Yarabal alaamiin.. “

Sudah melepasi usia 50-an pun masih tetap nampak sama Ziana seperti zaman mudanya dulu, malah bertambah manis dengan imej berhijabnya itu. Semoga hari-hari mendatang semakin dilimpahkan lagi rezeki Ziana dan gembira selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ziana Zain

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..