” Yang ni memang terkena, haha.. ” – Roy Azman
Video Roy Azman Terima Kej0tan Daripada Isterinya, Fyda Razali Sempena Hari Lahirnya. Dalam Tengah Terkej0t Pun, Sempat Lagi Bagitahu Orang Kampung Hari Lahir Dia. Kelakar Lah Bang Roy !!
Suatu ketika dahulu, pelakon Roy Azman dikenali kerana wajah tampan dan lagak gar4ngnya. Itu cerita dulu ketika Roy masih muda. Meningkat usia, Roy tetap lagi menjadi ikutan peminat, namun kali ini Roy disukai kerana cara ketawanya yang melucukan sehinggakan menjadi trademark Roy.
Meninjau akaun Instagram, Roy telah berkongsikan satu video yang memaparkan gelagatnya menerima kej0tan istimewa daripada isteri tercinta, Fyda Razali sempena hari lahir Roy. Difahamkan Roy telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-52 pada tahun ini.
Kelihatan dalam video, Fyda sedang membawa sebiji kek untuk dibawa kepada Roy dan reaksi Roy begitu terkej0t menerima kej0tan daripada isteri tersayang. Kedengaran Roy berkata yang Roy sudah ‘terkena’ dengan rancangan Fyda.
Selain itu, ada bersama adalah beberapa rakan-rakan dan ahli keluarga pasangan ini yang hadir di kediaman mereka untuk memeriahkan majlis tersebut. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Roy itu telah ditonton lebih 10 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, peminat turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Roy. Antara komen-komen tersebut :
” Happy birthday semoga dipanjangkan umur dimewahkan rezeki diberikan kesihatan yg baik, bahagia bersama isteri dan kluarga.. “
” Happy birthday Abg Roy semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya aminnnn.. “
” Alhamdulillah, sweet wife. Smoga sihat sihat selalu dan dimurahkan rezeki, selamat hari lahir Roy Azman.. “
Sudah namanya Roy Azman walaupun dalam keadaan terkej0t, ketawanya itu telah menjadi pemec4h suasana. Apa-apa pun, di kesempatan ini kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir kepada Roy, semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Sekadar info, Roy Azman telah mendirikan rumah tangga bersama Fyda Razali atau nama sebenarnya, Rafidah binti Mohd Razali yang merupakan bekas ahli kumpulan Princess. Hasil perkongsian hidup bersama, pasanganĀ ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Roy Azman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..