” Sed1h dan sayu pun ada, the best sedekah is barang yang kita sayang.. ” – Netizen

Video Anak Betty Rahmad, Ardy Wira Sedekah Mainan Kesayangannya Untuk Anak Yatim Buat Warganet Tersentuh. Bagusnya Asuhan Betty Pada Wira. Melompat-Lompat Gembira Semua Dapat Mainan Daripada Wira !!

Siapa tidak kenal dengan si cilik bernama Ardy Wira. Kepetahannya bercakap dan gaya sopannya berkata-kata membuatkan peminat suka melihat Wira. Diasuh dengan baik oleh Betty Rahmad dan Ardy Damis, Wira juga sudah pandai mengaji dan menghafal doa-doa ringkas harian.

Menerusi akaun Instagram Betty Rahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan bagaimana Wira diajar untuk bersedekah. Mengemas barangan untuk dihantar ke rumah anak yatim, Wira kelihatan memilih permainan kepunyaannya untuk diberikan kepada anak yatim di situ.

Cerita Betty, Wira pada awalnya bertanya mengapa perlu mereka bersedekah dan apabila diterangkan, Wira dengan rela hati memilih mainannya yang masih elok. Gembiranya anak-anak yatim menyambut kedatangan Betty sekeluarga sampai melompat-lompat.

Kata Betty perkongsiannya bukan untuk menunjuk anaknya baik, namun ingin mengajak semua melakukan benda yang sama. Sambil ajar anak, sambil bersedekah dan usaha Betty ini ternyata berhasil. Banyak yang Wira belajar antaranya erti bersyukur, berkongsi dan kasih sayang.

Jom tonton video di bawah :

Lebih 6000 likes diberikan oleh peminat setelah menonton video oleh Betty setakat ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Alhamdulillah Wira, great parenting parents. Contoh yang baik, semoga Allah merahmati Wira selalu dan jadi anak yang soleh buat mak ayah. Really touched my heart.. “

” Alhamdulillah semoga Allah sentiasa murahkan rezeki keluarga ini. dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. tetiba mata auntie masuk habuk pula.. isk.. isk.. so proud of u wira and mommy wira.. “

” Masya Allah didikan daripada parent yang sangat bagus. For the 1st time, aunty cry for u Wira.. U r my real Wira.. Moga Allah akan sentiasa memberi kefahaman pd kamu sayang ku.. “

” Whyyyy sed1h ter0k weyh, Wira good boys. baguih Betty ajaq wira lagu tu.. tersentuh tengok. Betapa menghargainya anak-anak tu dengan pemberian Wira.. “

” Happy tengok anak2 tu happy. MasyaAllah semoga Wira membesar dengan lebih banyak memberi dan dimurahkan rezeki lagi. Good job mommy.. “

” Dalam rezeki wira ada rezeki anak anak yatim… moga Allah mudahkan urusan wira jadi anak soleh buat mommy& daddy.. “

” The best sedekah is barang yang kita sayang.. good job wira. tgk wajah kanak kanak ni sgt gembira, sy tumpang gembira. Sed1h dan sayu pun ada. terima kasih Wira. Good job.. “

Dalam rezeki Wira, ada terselit rezeki orang lain dan kegembiraan yang terpancar pada wajah anak-anak yatim itu satu kepuasan untuk Betty sekeluarga. Tahniah Betty atas ajaran yang baik ini dan semoga menjadi ikutan peminat. Semoga Wira menjadi anak yang soleh dan dermawan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..