” Siap nyanyi-nyanyi lagi, kemain dia tu.. ” – Netizen

Video Gelagat Nur Fatima Aisyah Memakai Kasut Tumit Tinggi Ibunya, Fazura Buat Peminat Terhibur. Amboi, Siap Menyanyi Lagi Fatima. Suka Bergaya Macam Mommy Ni !!

Meninjau ke akaun Instagram bernama Bamtahdolly, satu video yang memaparkan gelagat Nur Fatima Aisya iaitu anak kepada pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin telah membuatkan ramai peminat terhibur.

Video yang berdurasi beberapa saat ini menunjukkan Fatima sedang cuba memakai kasut tumit tinggi ibunya. Walaupun kasut tersebut agak besar dan tidak sesuai untuk dipakai oleh Fatima namun Fatima tetap ingin memakainya.

Sambil berjalan dengan kasut ibunya, Fatima nampak begitu seronok sambil menyanyi ‘ La la la ‘. Wah, pandai Fatima hendak bergaya ye macam mommy. Nampak suka betul Fatima dapat berjalan dengan kasut mommy tu.

Selain itu, ada juga video Fatima yang pandai mengikut arahan ibunya untuk menyebut ‘ Hai ‘ dan juga ‘ smile ‘. Video tersebut dirakamkan ketika mereka menghadiri majlis rumah terbuka produk keluaran Fazura sendiri.

Jom tonton video di bawah :

Antara video lain yang dikongsikan :

Di ruangan komen, ramai peminat yang ger4m melihat gelagat comel Fatima. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” S4kit perut mommy ketawa.. Kemain nyanyi2.. ger4m tgk fatima.. She’s adorable baby so behave baby Fatima Aisya.. “

” Alhamdulillah Fatima yg comel ini pandai sangat bersyukur kepada Allah. Tq Allah.. Cutenya Fatima.. ger4m tengok.. “

” Fatima, u look like my daughter when she was little girl wearing my shoes.. comel sangat family ni.. cerdiknya bud4k comel ni.. “

” Beautiful family.. Natural born talent, prodigy.. Comellah awak ni Fatima.. fatima da besar..boleh minta adik nie.. “

” Bijaknya awal.. suara dia so cute.. ger4m betui dengan budak kecik ni.. dah pandai cakap ye fatima sayang.. “

” Amboi. fatima nak kemana ter… pakai kasut momy.. sukaanya dia… siap nyanyi lagi… Kemain dia tu.. lalalalalaaaaaa ye.. “

” Waw Fatima.. dah ada keinginan cuba kasut mommy.. terbaik.. Senang hati btl fatima,,, siap nyanyi2 lagi.. “

Nampaknya semakin bijak Fatima sekarang. Ada sahaja ragamnya yang menghiburkan dan Fatima juga sudah pandai menyebut pelbagai perkataan. Semoga Nur Fatima Aisya membesar menjadi anak yang baik dan solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bamtahdolly, Fazura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..