” Baru hari ketiga dah rasa nak tercab0t badan.. ” – Elfira Loy
Elfira Loy Kongsi Gambar Anak Keduanya Yang Baru Lahir. Alahai Comelnya Baby, Kuat Menyusu El Cakap. Dah Nampak Bamb4m Baby Girl Ni, Comel Sangat !!
Beberapa hari yang lalu iaitu pada 20 Mei 2022, pelakon Elfira Loy telahpun selamat melahirkan cahayamata keduanya. Dikurniakan rezeki mendapat bayi perempuan, ianya telahpun dimaklumkan jantinanya ketika majlis baby gender reveal Elfira sebelum ini.
Untuk rekod, Elfira mendirikan rumahtangga bersama Faris Khairol Anuar dan pasangan ini telah pun mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf. Rayyan yang berwajah comel dan berkulit putih gebu sememangnya sering mendapat perhatian peminat.
Untuk anak keduanya ini, Elfira dan Faris mencipta kenangan baru apabila Faris sendiri menyambut kelahiran puteri mereka ini. Menjadi ‘ mak bidan’ , Elfira menyifatkan Faris seperti adiwira untuk dirinya dan anak-anak.
Meninjau ke ruangan Instastory akaun Instagram Elfira Loy, banyak perkongsian dimuatnaik oleh Elfira. Salah satunya perkongsian Elfira tentang cara penyusuan anak keduanya yang berbeza dengan si sulung sebelum ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Memang setiap anak berbeza caranya dan setiap anak pasti ada sahaja pengalaman baru yang akan dilalui oleh si ibu. Jika Rayyan dulu suka tidur sahaja sehinggakan perlu dikej0t untuk menyusu, berbeza dengan adiknya ini yang kuat menyusu.
Apa-apa pun, ianya pengalaman yang berharga dan bermakna untuk Elfira. Wajah baby girl Elfira juga hampir nampak penuh wajahnya dan berkulit cerah sama seperti Rayyan. Selamat berpant4ng Elfira dan semoga ibu dan anak sihat selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IGs Elfira Loy, IG Faris Khairol Anuar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..