” Bertuah betul dapat ladyboss yang cantik dan baik macam ni.. ” – Netizen

Video Datin Paduka Eina Azman Menyambut Hari Lahir Pembantu Rumahnya Terima Pujian Ramai. Wah Siap Berpel0kan Dengan Bikna, Mesra Sangat. Terharu Bikna Tengok Hadiah Yang Eina Bagi, Bukan Biasa-Biasa. Bertuah Sungguh !!

Umum mengetahui, Datin Paduka Eina Azman sememangnya sangat mesra dan baik dengan kesemuanya pembantu rumahnya. Eina melayan mereka seperti keluarga sendiri dan selalu memberi penghargaan kepada mereka.

Terbaru di akaun Instagram Eina, perkongsian terbaru Eina bersama salah seorang pembantu rumahnya telah meraih perhatian ramai. Eina telah menyambut hari lahir pembantu rumahnya bernama Bikna yang ke 38 tahun.

Eina turut menyediakan hadiah yang sangat istimewa buat Bikna iaitu seutas gelang tangan. Eina turut membawa pembantu rumahnya yang lain untuk sambut bersama-sama hari lahir Bikna di luar. Bikna nampak begitu terharu dengan hadiah yang diberikan.

Eina turut mendoakan agar Bikna panjang umur dan sentiasa gembira. Eina turut berterima kasih kepada Bikna kerana banyak membantu dalam meringankan kerja-kerja di rumah. Eina amat menghargai Bikna sepanjang bekerja dengannya.

Jom tonton video di bawah :

Ramai memuji sikap Eina yang sentiasa menghargai para pekerjanya. Antara komen-komen yang diberikan :

” Cantik sgt uniform dorang.. Bertuah betul dapat ladyboss yang cantik dan baik camni.. ada kerja kosong tak.. ” 

” Majikan yang terbaik.. moga dimurahkan rezeki selalu.. datin ada kerja kosong tak. Macam best tgk datin layan dorang.. “

” Baik betul datin ni. Setengah orang tk mau buat bibik dorg mcm ni.. mulia hati datin. Mudah mudahan dimurahkan rezeki dunia akhirat.. “

” Aku nk jadi bibik eina lepas ni.. dorang blk mesti dorg rindu g1la kat datin ni.. suka tgk datin.. layan main macam famili sendiri.. “

” Datin mmg baik.. layan bibik macam orang dalam rumah bukan sebagai pekerja.. murah rezeki datin.. hargai orang sekeliling.. “

” Tanpa sedar saya tgk video ni senyum sendiri.. rasa dia punya happy tu.. hehe.. slute dengan datin. Happy birthday bikna.. “

” Mana mana majikan cuba contohi datin eina layan pembantu mmg terbaik.. saya suka tgk datin . Moga murah rezeki selalu .. “

Jika sikap majikan sebegini sememangnya akan membuatkan para pekerja berasa seronok untuk bekerja dan rasa lebih dihargai. Semoga sikap Eina ini boleh menjadi contoh kepada majikan-majikan yang lain. Selamat hari lahir juga diucapkan kepada Bikna.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Iena Azman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..