” Besar dah anak dar4 Elly. Tinggi, nampak kakak-kakak sangat.. ” – Netizen
Video Anak Elly Mazlein, Putri Sara Sefhia Dihantar Oleh Cikgu Azlan Ke Sekolah Raih Perhatian Peminat. Alahai Tulus Sungguh Nampak Kasih Sayang Anak Dan Papa Ni. Sefhia Pun Nampak Makin Tinggi Sekarang. Mata Cantik Macam Mama Dia !!
Elly Mazlein atau Kak Lina cukup popular di kalangan peminat. Mulutnya yang kec0h dan suka membuat jenaka membuatkan nama Kak Lina menjadi perbualan ramai. Kak Lina juga antara pengacara sensasi yang menjadi pilihan banyak program hiburan.
Bahagia bergelar isteri kepada Cikgu Azlan, keakraban antara Cikgu Azlan dan anak Kak Lina iaitu Putri Sara Sefhia juga sering mendapat pujian daripada peminat. Meninjau entry terbaru Kak Lina di akaun Instagramnya, video Cikgu Azlan menghantar Sefhia ke sekolah telah pun dimuatnaik.
Memimpin tangan puteri kesayangannya ini sehingga ke pintu masuk kelas, kasih sayang antara anak dan ayah ini nampak tulus sekali. Beruntung Sefhia dapat papa yang penuh dengan sifat penyayang dan pengasih seperti Cikgu Azlan.
Walaupun wajah Sefhia tidak nampak penuh kerana memakai penutup muka, namun matanya dikatakan peminat nampak seperti kak Lina. Baru 6 tahun usianya, sudah nampak tinggi Sefhia. Gelagat Sefhia di dalam kelas juga sopan dan ayu sahaja cara duduknya.
Jom tonton video di bawah :
Selepas beberapa jam posting ini dikongsikan, ianya telahpun mencatatkan lebih 12 ribu likes daripada peminat. Antara komen-komen peminat :
” Kasih sayang papa yang berpelajaran tinggi, ikhlas, baik dan mithali. Kak Lina dapat pasangan yang tepat. Kaya ilmu, budi bahasa, tanggungjawab dan kasih sayang.. “
” Besar dah Sefhia, cute dan beautiful anaknya. Alhamdulillah, semoga puteri kak lina dirahmati Allah selalu.. “
” Alhamdulillah, dah besar princess Sefhia. Besar dan tinggi lampai, mata tu macam mata mama dia, lawa.. “
” Macam mata mama dia la, love nya tengok. Comel Sefhia, fokus tengok manja duduk je. Sopan yakmat.. “
” Dah besar nampak tinggi Sefhia. Ulangkali tgk.. sopan.. comey je manja.. pandai kak lina didik ank.. semoga manja mjadi ank yg solehah berjaya dunia akhirat..aaminn.. “
” Kejap dah besar Sefhia, manja manja manja hehe. Belum apa apa dah jadi pompom girl untuk manja.. “
” Besar dah anak dar4 Elly. Tinggi, nampak kakak kakak sangat. Good luck Sefhia, sopan sungguh sedap mata memandang.. “
” Sopan je cara dia duduk, anak yang baik. sopan dan comey dak manja, cukup sesekali up story ank dah dpt gambarannya.. nahhh ap1.. “
Tentu apabila remaja nanti, Sefhia bakal secantik mamanya ini. Apa-apa pun, seronok peminat melihat kasih sayang anak dan ayah ini. Semoga ikatan ini dirahmati oleh Allah dan sentiasa berkasih sayang selalu sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly MazleinÂ
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..