” Muka anak buah sebiji macam Dayah lah, ingatkan adik.. ” – Netizen

Dayah Bakar Kongsi Video Hantar Anak Saudara, Irfan Ke Sekolah Berasrama. Ramai Yang Kata Wajah Irfan Begitu Seiras Dengan Dayah. Dah Dapat Bayangkan Bila Fahri Besar Nanti Mesti Macam Muka Irfan Ni, Hehe !!

Meninjau di akaun Instagram milik pengacara terkenal Dayah Bakar, telah berkongsi satu video yang memaparkan Dayah bersama keluarga telah menghantar anak saudaranya yang dikenali sebagai Irfan untuk pendaftaran sekolah baru.

Menerusi kapsyen, tulis Dayah yang Irfan merupakan anak saudara yang pertama memasuki sekolah berasrama. Malah Dayah juga tidak menyangka Irfan begitu cepat membesar dan sudah pun bergelar pelajar sekolah menengah.

Selain itu, Dayah juga menyatakan yang sekolah Ifran bakal belajar ini adalah sekolah yang pernah ayah Dayah belajar dahulu. Perkongsian video oleh Dayah kali ini telah mencur1 perhatian warganet kerana ramai yang menyatakan wajah Irfan mirip seperti Dayah.

Selain itu, ada yang menyangka pada awalnya Irfan adalah adik Dayah. Jika dilihat betul-betul memang wajah Dayah dan Irfan kelihatan begitu seiras. Sehingga kini video yang dikongsikan Dayah tersebut telah mendapat lebih 24 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain menyatakan wajah Dayah dan Irfan seiras. Rata-ratanya turut tersent0h hati melihat keakraban Dayah bersama anak saudaranya itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Sebiji muka Dayah, ingatkan adik tadi. Sweet lah Dayah dengan anak sedara sulung, mesti mak sedara peberet nih. Anyway tahniah Ifran.. “

” Cutenya, muka Irfan c0py paste Dayah betul lah. Dah dapat bayang muka Fahri bila besar nanti, hehe memang akan sbji macam Irfan.. “

 ” Alaaa, seb4k pula kita tengok video ni. All the best Ipan. Saya ingtkan Ipan adik Dayah, anak saudara rupanya, muka memang sebiji Dayah.. “

” Alahai manjanya Irfan dengan Dayah. Kita pun tumpang sed1h tengok, semoga Irfan terus berjaya ya nak.. “

 ” Besar dah Ipan yer Dayah. Tahniah Ifran comel, muka anak fruit macam mak fruit lah, hehehee comel2.. “

” Anak menakan muka ada iras Dayah lah, like adik and kakak. Congrats Ipan, welcome Ipoh, belajar elok2 ye.. “

” Nape tengok macam kembar, alaaaa tbe2 seb4k tgk kemanjaan Dayah dengan Irfan. Tahniah Irfan.. “

Betul lah, muka anak saudara Dayah memang seiras muka Dayah. Kalau cakap adik pun mesti ramai yang percaya. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada anak saudara Dayah, semoga Irfan akan terus berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-citanya nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dayah Bakar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..