” Dream house ni, terutama ada court tu.. ” – Netizen

Video House Tour Banglo Tya Arifin Dan Asyraf Khalid Buat Ramai Yang Terpegun Menontonnya. Wahh Siap Ada Pawagam Dan Court Tennis Lagi. Besar Dan Mewah Sungguh !!

Mesti ramai yang mengenali menantu penyanyi tersohor Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin ini. Tya merupakan isteri kepada Asyraf Khalid dan merupakan selebriti negara Indonesia. Namun setelah mendirikan rumahtangga, Tya telah menetap sepenuhnya di Malaysia.

Kini Tya juga bergelar seorang usahawan atas produk jamu penjenamaannya sendiri. Telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa, kehidupan rumahtangga Tya dan Asyraf dilihat begitu bahagia.

Meninjau di Channel YouTube The Tya’s Family, telah berkongsi video ‘house tour’ kediaman banglo mewah Tya dan Asyraf. Difahamkan video tersebut dikongsikan bagi memenuhi permintaan para pengikut Tya yang ingin melihat setiap ruang kediaman Tya.

Video yang berdurasi melebih 20 minit itu telah memaparkan setiap sudut serta hiasan banglo mewah yang mempunyai 7 bilik. Malah kediaman pasangan ini dilengkapi kemudahan seperti pawagam, gelanggang tennis serta pejabat.

Di bawah adalah gambar Tya beristirehat bersama anak-anaknya di halaman rumah. Tonton video penuh house tour di hujung artikel.

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya telah meluahkan rasa teruja dan menzahirkan perasaan kagum melihat banglo mewah Tya. Antara komen-komen menarik adalah :

” One the most beautiful house, beautiful deco, furniture, and beautiful landscape. best of luck to tia and ashraf. tia sentiasa kelihatan cantik, anggun dan perwatakan menarik.. “

” Dream house ni, terutama ada court tu. Alhamdullilah, syukur atas anugerah rezeki Tya & Asyraf, semoga bertambah sukses mengembangkan karier sekeluarga sehingga ke peringkat international.. “

” Wow, ruangnya amat besar dan semua ruang sangat cantik. Suka sangat tengok. Kalau lah rumah saya macam ni, memang tak keluar lah tengok wayang di luar, haha.. “

Saya sangat sangat suka Tya kerana dia sangat rendah diri walaupun kaya dan berjaya, dia juga cantik, cakap bersopan santun dan baik hati orangnya. Kagum tengok kejayaan Tya.. “

Cantik nyaa rumah kak Tyaa. Semua nya cantik. Semoga rezeki menular ke kita, Aamiin ya Allah.. “

” Wahh setiap sudut, bilik semua nampak sempurna susunannya. Nampak mewah dan sejuk mata memandang.. “

” Cantiknya, suka tengok. Tya memang seorang yang sangat low profile. Rezeki ada rumah banglo macam ni, alhamdulillah tahniah Tya.. “

Selain itu, rumah ini juga memiliki beberapa bahagian ruang tamu yang telah dikhaskan untuk ahli keluarga dan tetamu. Memang cantik rumah Tya dan Asyraf. Apa-apa pun, semoga Tya dan Asyraf akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi oleh mereka.

Jom tonton video penuh di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Arifin, YouTube Channel The Tya’s Family

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..