” Sukanya tengok Elisya, baby bump pun nampak jelas dah.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Sheila Rusly Bersama Anak, Menantu Dan Keluarga Besannya Raih Perhatian Peminat. Wah Makin Berseri-Seri Elisya Sandha. Baby Bump Tu Dah Nampak Jelas Sangat. Dah Tak Boleh Sor0k Lagi, Hehe !!
Baru-baru ini ada ura-ura mengatakan yang Elisya Sandha sedang hamil apabila sekeping gambar imbasan ultrasound yang diselitkan dalam video imbasan 2021 di Instagram meraih perhatian peminat. Namun Elisya mahu pun suaminya, Uzair Haqimy dan keluarga memilih untuk tidak mengiyakan atau menidakkan perkara ini.
Meninjau akaun Instagram Sheila Rusly, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memperlihatkan Sheila berkumpul bersama anak, menantu dan keluarga besannya. Turut sama yang dapat dilihat dari gambar ini anak-anak perempuan Ozlynn iaitu Chantiq dan Moleiq.
Tulis Shiela di kapsyennya berbunyi ‘ malam ke 27 yang serba baru ‘ dan mereka bakal berjumpa lagi pada hari raya nanti. Elisya dan kakaknya, Fasha Sandha memilih memakai busana berwarna putih. Manakala Shiela tetap anggun dalam jubah dan tudung sedondon warnanya itu.
Penampilan Elisya yang sedang hamil ini menarik perhatian peminat. Tampil denga solekan yang nipis, wajah Elisya nampak cantik sekali. Mengenakan tudung berwarna putih biru, menambahkan lagi keayuan ibu hamil ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Fasha Sandha juga turut memuatnaik gambar-gambar bersama Elisya, ahli keluarga dan tetamu yang lain semasa majlis tersebut :
Baru beberapa jam dikongsikan, posting oleh Sheila ini telahpun meraih lebih 30 ribu likes daripada peminat. Antara komen-komen peminat :
” Berseri-serinya menantu kak Sheila ni, sukanya tengok. Menantu lawa, bagus budi pekerti, dapat pulak keluarga mertua baik macamni. Rezeki betul.. “
” Alhamdulillah.. Amin.. tak sabaq Sister nak tunggu cucu baru yg ke 9… dan semoga keluarga kita di berkati oleh Allah juga di murahkan lg pintu rezeki kita sekerluarga.. Alhamdulillah Amin YRA.. “
” Semoga di permudahkan semua bertambah seri lg dpt cucu pertama.. dlm keluarga Sis nanti.. Amin.. “
” One big happy family, semoga dipermudahkan untuk kelahiran pertama cucu. Cantiknya dan seri2 muka elisya. Bestnya dpt kumpul ramai-ramai.. “
” So cute Elisya, lawanya Elisya tak makeup. Makin berseri-seri, baby bump pun makin besar. congrats sis and tok sidang.. “
” Berseri-serinya muka Elisya. Tahniah dah tak lama nak bergelar ibu. tak lama lagi Sheila pun nak dapat cucu.. “
” Berseri-seri wajah Elisya. Semoga Allah permudahkan sehingga selamat bersalin nanti. Kita seronok tengok, alhamdulillah happy family.. “
” Sukanya tengok Elisya. baby bump elisya pun nampak jelas dah. Berseri-seri maybe dapat baby girl kot.. “
Makin sarat, makin berseri-seri pula mak buy0ng seorang ini. Orangnya sudah sedia cantik, tak perlu bersolek tebal pun tetap nampak cantik. Apa-apa pun, semoga Elisya dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan ini sehingga selamat melahirkan nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheila Rusly, Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..