” Kalau mengaji sedap suaranya ni, zikir pun sedap dengar.. ” – Netizen

Video Fikry Ibrahim Berzikir Dalam Kereta Raih Pujian Ramai. Sedap Suara Fikry, Patut Ramai Yang Puji !! 

Meskipun bakatnya dicungk1l daripada bidang komedi menerusi program Lawak Solo (2016) terbitan Astro, siapa sangka nama Fikry Ibrahim kini lebih dikenali dan menonjol dalam bidang lakonan. Malah boleh dikatakan hasil lakonannya sering mendapat pujian para penonton.

Bukan sebagai pelakon komedi, tetapi anak kelahiran Jitra, Kedah ini diberi kepercayaan menjayakan watak-watak serius dan diangkat sebagai teraju utama atau hero untuk beberapa buah drama popular.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Fikry telah memuatnaik satu video dia sedang berada dalam kereta. Menerusi video itu, Fikry telah mengalunkan zikir sebelum masuk waktu berbuka puasa. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet.

Rata-ratanya memuji suara Fikry berzikir dan ada yang meminta agar nanti Fikry berkongsi video dirinya mengaji pula. Hingga kini, video Fikry mengalunkan zikir telah mendapat lebih 10 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai warganet yang memberikan tanda suka selepas menonton setelah video Fikry. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Kalau mengaji macam sedap suaranya ni, zikir pun sedap dengar. Cuba nti share video mengaji pulak. Dah lah kacak Fikry ni, hehe.. “

 ” Sambungannya saya duet : ” Segala puji hanyaa utkMU Allah” Masyaa Allah nice tone dlm bernasheed.. “

” Tq Fikry. Teringat zikir ni jadi amalan masa duk hay0n buaian anak nak bagi depa tido. Btw sedap suara Fikry.. “

” Hencem lah hai adik sis nie, dah boleh buat lagu dah Fikry suara mantap dah tu. Selamat berbuka puasa Fikry.. “

” Woww dah boleh berduet dengan kumpulan Hijjaz lah Fikry. Rupanya suara Fikry ni sedap juga lah, hehehe baru tahu.. “

” Alhamdulillah suara yang tak menyak1tkan halwa telinga. Tq share video ni, sangat bermanfaat tau.. “

” Tak boleh tengok lama2, cair nanti. Mampu mendengar suara je, hehehe bulu mata lentik sungguh noh.. “

Sedap, memang patut ramai yang berikan kata pujian. Video yang sangat bermanfaat untuk mengajak semua orang berzikir bersama dan mendapat ganjaran pahala. Apa-apa pun semoga Fikry terus berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fikryibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..