” Comel tengok gaya dia bila dengar zikir tu, haha.. ” – Netizen

Video Terbaru Gelagat Muhammad Afwa Ketika Mendengar Alunan Zikir Buat Ramai Terhibur. Amboi Bukan Kepala Yang Angguk, Auto Kaki Yang Bergerak. Alahai Comel Lah Afwa Ni !!

Muhammad Afwa, anak penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid ini memang diminati ramai seperti kakaknya, Siti Aafiyah. Baru beberapa hari lalu, Afwa telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama.

Ada sahaja gelagat terbaru mengenai Afwa mendapat perhatian warganet. Meninjau di akaun Instagram milik babyctdk telah dikongsikan dua video yang memaparkan gelagat Afwa ketika mendengar zikir Lailahaillallah dan sedang merangkak.

Setelah mendengar zikir tersebut, Afwa yang sedang berdiri telah mengerakkan kakinya. Malah kedengaran orang-orang yang ada di sekelilingnya turut ketawa setelah melihat gelagat comel Afwa itu.

Video yang dikongsikan tersebut sebenarnya diambil menerusi IG Story milik isteri jurufoto terkenal, Aqo Imran. Kalau melihat pada video kedua, Afwa sedang bermain bersama Aqo dan isterinya setelah selesai menunaikan solat tarawih di rumah Datuk Siti.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat gelagat Afwa dalam video dan memuji kecomelannya. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Comel tengok gaya dia bila dengar zikir tu, haha. Muka sebiji macam Tokti lah, ger4m tengok si pipi pau ni.. “

 ” Amboi laju betul dia merangkak, dah bleh berjalan kan Afwa sekarang. Comel lah Afwa, suka tengok gelagat dia.. “

” Ya Allah, cerdik betul lah si comel ni, hehehe kemain lagi ye. Selalu baby kalau dengar zikir atau selawat mesti gelengkn kepala, Afwa ni lain skit, haha.. “

” Wow baby Afwa dh big boys suka dia, asyik ketawa. Semoga jadi anak yang soleh ya sayang, cute sangat.. “

” Si gebu ibu ni buat orang tengok mest ger4m lah. Nampak macam gaya dia dah besar sangat bila berdiri macam tu. hehe.. “

” Afwa, napa comel sangat ni. Laju betul merangk4k, suka main2 dgn uncle Aqo ye, hahaa nmpak manja lah Afwa ni.. “

” So cute lah anak soleh ni, mudah mesra nampak gaya ni. Semoga Afwa terus jadi anak yang baik ye.. “

Alahai, comel lah gelagat Afwa ketika mendengar alunan zikir, macam nak menari pun ada gayanya. Apa-apa pun semoga Afwa terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Babyctdk, Afwa Khalid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..