” Minat betul Hamzah dengan ikan. Pandai cakap English, bagus la.. ” – Netizen

Video Anak Arw4h Abam Bocey, Syed Uthman Hamzah Menyebut Nama-Nama Ikan. Wah Bestnya Dengar Hamzah Speaking. Habis Semua Nama Ikan Dia Tahu. Siap Lukis Gambar Ikan Kat Dinding Rumah Atok Lagi. Minat Sangat Dengan Ikan, Hehe !!

Walaupun arw4h Abam Bocey sudah tiada, namun perihal anak dan isterinya, Hidayah dan Syed Uthman Hamzah masih lagi diikuti oleh para warganet. Hamzah membesar menjadi anak yang comel dan banyak telatahnya.

Sebelum ini beberapa kali Hidayah berkongsikan video tentang Hamzah yang suka bermain ikan. Jika orang lain bermain kereta mainan, Hamzah pula menjadikan ikan goreng sebagai mainannya. Ketika berada di sawah, ikan haruan dipegang begitu sahaja oleh si cilik ini.

Meninjau entry terbaru di akaun Abam Bocik, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hamzah sedang berada di dalam kereta. Kata Hidayah, Hamzah sangat sukakan ikan sehinggakan semua nama ikan dari A sehingga Z boleh disebut oleh Hamzah.

Pada perkongsian lain pula di akaun Instagram Hidayah sendiri, gelagat Hamzah menunjukkan bakat seninya melukis dipamerkan. Habis dinding rumah atoknya diconteng oleh Hamzah dengan lukisan berbentuk ikan. Hai lah mana-mana semua tentang ikan ye Hamzah.

Jom tonton video di bawah :

Video Hamzah ini telah pun menarik perhatian ramai dan rata-ratanya terhibur melihat telatah Hamzah. Antara komen-komen mereka :

” Haha. Ni mesti tgk utube ye. Dok ulang2 benda sama. Hebat Alhamdulillah Alhamdulillah.  A to Z semua for fish ke syg.. bijaknyaa comel je heheh. Terornya dia speaking , hebat.. “

” Pandai cakap english, bagus la Hamzah. ank yg bijak.. gud job boy. Cantik Mata hamzah.. hensem boy.. “

” Pinjam bulu mata hamzah.. lentik cantik tgk nya. pndai hamzah, Minat btul hamzah dgn fish ger4mm tgok hamzah nie comel btul.. “

” Nmpk cara dia pegang pensil penuh yakin dan berseni. Semoga anak soleh ini dapat menegakkan syiar Islam dan mnjadi alim ulama dewasa kelak. Aamiin.. “

” Aloooo pandainyaa, Berseni orangnya. pandai dia pgang pen tu. Perkembangan budak, abis dinding rmh.. “

” Bila lg nk tunjuk bakat haha, hamzah tunjuk bakat kt ibu lerr tuu hehhe, moga membesar jdi anak yg taat dan soleh.. “

” Takpe.. budak mcm ni cerdik.. panjang akal.. Allahumma faqqihhu fiddin. nk tukar2 lukisan hamzah kt dinding.. tampal kertas mahjong.. boleh lukis bnyk kali.. beli kaler warna plk.. “

” Takpe yg penting dia pandai cara pegang pen /pensil. Baik mcmni dr bg main phone. moga hamzah mmbesar mnjdi ank yg soleh buah kdua org tuamu.. “

Semakin besar, semakin banyak akalnya Hamzah. Kecil-kecil lagi sudah tahu tentang ikan, kalau ayah ada tentu Hamzah akan jadi pengikut setia ayah memancing kan. Apa-apa pun, membesar dengan sihat yer Hamzah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abam bocik, IG Hidayah hamzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..