” Wow hidung, terpacak elok. Mesti macam Arab ni.. ” – Netizen

Gambar Scan Anak Dalam Kandungan MUA Bellaz Jadi Perhatian Warganet. Wah Dalam Perut Dah Nampak Hidung Mancung Terletak, Terpacak Elok !!

Ketika mengerjakan ibadah umrah beberapa bulan yang lalu, MUA Bellaz berkongsikan berita bahawa dirinya berbadan dua. Sedang hamil anak ke 3, MUA Bellaz bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Allah walaupun anak ketiganya Yusuf masih kecil.

Wajah MUA Bellaz yang sentiasa berseri-seri ini menjadi perhatian peminat. Ketika hamil pun, penampilannya tetap cantik dan bergaya. Meninjau akaun Instagram MUA Bellaz, beberapa keping gambar hasil scan bayi dalam kandungannya itu dikongsikan.

Kata MUA Bellaz, kandungannya kini telahpun memasuki usia 6 bulan. Alhamdulillah, baik ibu mahupun bayi kedua-duanya sihat sahaja. Seperti mana biasa, ketika pemeriksaan bulanan pasti doktor akan membuat ujian imbasan ini untuk melihat perkembangan bayi dalam kandungan.

Puas dipujuk, namun hanya sedikit sahaja bahagian wajah yang dapat dilihat. Alahai pem4lu macam ibunya katanya MUA Bellaz dalam nada bergurau. Melihat pada gambaran tersebut, jelas kelihatan hidung bayi yang mancung.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian oleh MUA Bellaz ini mencatatkan hampir 18 ribu tanda suka daripada peminat sehingga kini. Rata-rata memuji gambaran hidung bayi tersebut dan antara komen-komen mereka :

” Hidung mancung tu, bestnya tak sabar nak tunggu baby Bellaz lahir. Macam muka abangnya Yusuf je ni. Aii kalau girl, confirm cun.. “

” Hidung tu yang mahai tuu. Alhamdulillah. cantik ciptaanNya. hidung trpacak heloks aih. doakn kami sama noh. sis pon dah 16w.. “

” Masyaallah comey sangat ni.. Comeynya tang idung tu win aihh. mesti baby girl cantik macam mama dia. Macam abang dia Yusuf je.. “

” Masha Allah mancungnya hidung dia. Excited macam anak first kan, itulah ibu. Semoga ALLAH permudahkan semua urusan Bellaz sampai melahirkan nanti.. “

” Alhamdulillah mesti comel macam mama dia. Sama la macam anak kami pun, jenuh doc godek dia bagi sisi muka ja.. “

” Hidung mahal tu, hidung tinggi noo. mesti lawa dia ni nanti. Ni bakal geng make up mama Bellaz ni. gegurl.. “

” Wow hidung, terpacak elok. Hidung mancung terletak tu, cantik cun macam mama dia lah kali ni. Mesti macam Arab ni.. “

Peminat sudah membayangkan pastinya bayi MUA Bellaz ini secantik Bellaz andainya bayi perempuan. Ada juga yang nampak seperti wajah Yusuf. Apa-apa pun, semoga bayi sentiasa sihat sehingga selamat dilahirkan nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mua Bellaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..