” Kemain bijaknya, ramah sungguh dia.. ” – Netizen

Video Siti Aafiyah Yang Begitu Teruja Melayan Live Buat Ramai Terhibur. Amboi Peramah Betul Aafiyah. Bila Cakap Tu Semua Kawan-Kawannya Bukan Main Excited Lagi. Mimik Muka Pun Comel Dan Kelakar !!

Meninjau ke akaun Instagram Aafiyah Khalid, perkongsian terbaru yang dimuatnaik telah membuatkan ramai terhibur. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan gelagat Aafiyah bersama ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza melayan live.

Aafiyah dilihat begitu teruja apabila melihat ramai yang masuk ke sesi live yang dijalankan. Aafiyah turut bertanya kepada ibunya siapakah kawan-kawannya yang masuk ke sesi live tersebut. Malah nama Arif juga disebut yang merupakan anak kepada Tya Ariffin.

Apabila Dato’ Seri Siti menyebut beberapa nama kawan-kawan Aafiyah yang masuk ke sesi live tersebut, respon yang diberikan Aafiyah sangat menghiburkan. Aafiyah melambai dan ada juga membuat mimik muka yang kelakar.

]

Nampak sangat peramah Aafiyah melayan peminat-peminat pada sesi live tersebut. Perkongsian ini telah menerima lebih daripada 8 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik semalam. Wah, seronok betul Aafiyah berjumpa kawan-kawan di alam maya ye.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat Aafiyah yang sangat peramah. Antara komen-komen yang diberikan :

” Wah…¬† sukanya tengok siti.. seperti gadis remaja.. kemain happynya dia.. comel, hi aafiyah, bella pun kawan aafiyah jugak.. “

” Muka aafiyah macam pelakon kanak2 dalam 7 hari mencintaiku tu la.. Pandainya cakap.. tokti muka baby face betul.. “

” Mashaallah. Aafiyah so adorable clever girl. Happy tengok Aafiyah happy..¬†Both mom n doter so adorable.. ibu pun cantik sgt tanpa makeup.. “

” Assalamualaikum Aafiyah, comelnya.. Lama2 baru nmpk muka siti.. dulu kecik2 muka bapak dia.. Comel anak solehah tokti ni.. “

” Hai aafiyah dah besar anak ibu.. Excited aafiyah haha.. Bijak nya dia berkata kata.. aunty ni dah lama kawan Aafiah tau Aafiah tak tahu ke ?? “

” Kemain bijak nye.. ramah sungguh dia.. petes mulut nye.. u so cute la kk afiya.. hihii.. Cerdik kkk, pandai Dato Siti didik ank. penuh adab kesopanan.. “

” Excitednya lahai… dpt jumpa kawan.. ee comel dua dua.. tokti nampak macam remaja sangat tanpa makeup, cantik.. “

Wah, peramah sungguhlah Aafiyah ni. Gaya tu dah macam ibu Aafiyah jer. Kalau tengok live macam ni lama-lama pun tidak mengapa. Terhibur sungguh melihat gelagat Aafiyah melayan para peminatnya. Kalau macam ni semua nak jadi kawan Aafiyah, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyah khalid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..