” Ramai tanya bila Mia nak berlakon balik.. ” – Mia Ahmad

Jawapan Mia Ahmad Bila Ditanya Peminat Bila Dirinya Akan Berlakon Lagi. Padu Dan Mendalam Jawapan Mia Ni. Semoga Segalanya Dipermudahkan Mia !!

Mia Ahmad mula dikenali menerusi drama Hati Perempuan bergandingan bersama aktor kacak, Saharul Ridzwan. Dikala namanya sedang meningkat naik, Mia memut0skan untuk mengakhiri zaman bujangnya dengan menikahi Mohd Izham Tarmizi.

Sehingga kini, Mia bahagia dengan kehidupannya bergelar isteri dan ibu kepada 2 orang cahayamaya. Dek kerana Izham menetap di Johor dan berkhidmat untuk pasukan Johor Darul Takzim, Mia juga turut mengikuti suaminya ini.

Meninjau akaun Instagram Mia Ahmad, telah dikongsikan satu video yang memperlihatkan Mia sedang melayani anak keduanya, Iris bermain patung mainan. Kapsyen Mia kali ini pula lebih tertumpu kepada menjawab kepada pertanyaan peminat tentang comeback ke dunia lakonan.

Kata Mia, walaupun dia tidak berlakon lagi, kehidupannya kini juga penuh dengan pelbagai watak. Iyelah surirumah memang banyak karakter nya. Dialah driver, dia jugalah chef. Pendek kata, semua watak supermommy ini bawa.

Jom tonton video di bawah :

Tambah Mia lagi, sebolehnya dia tidak mahu terlepas saat berharga dengan keluarga. Jawapan Mia ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :

” Sebelum nak berhenti kerja, selalu fikir pasal income cukup ke tak ni. Tapi bila dah berjaya duduk rumah, Alhamdulillah rezeki itu sentiasa ada je untuk famili. Makin bertambah happy lagi bila anak pun di depan mata.. “

” Kelakar tapi mantap jawapan sis, betul rezeki semua di tangan tuhan. Tentu ada rezeki anak-anak yang telahpun tertulis. Semoga dipermudahkan semua urusan Mia.. “

” Yes as your admire we miss every character you carry but family time is important than everything. Family is everthing.. “

” Rindu lah nak tengok kak mia berlakon balik. semua watak yang kak mia bawa semua nya best2 tak pernah nak kecew4kan kami.. “

” No worry.. watak ni yg akan dirindui bila smpi waktu. Mia ni berlakon jadi keeper je belum haha.. comel sangat melayan iris.. “

” Sy peminat Mia Dr citer berlakon ngn abg sahrul dulu. Seronok tgk Mia boleh berubah mcm ni. Moga sy dpt berubah jadi lebih baik juga terutama jadi isteri Dan ibu yg baik. Ameen jadi ibu Di rumah juga pahala byk.. “

” Sama la kita, tak payah orang panggil job berlakon hehe. Berlakon dengan anak-anak bersambung-sambung wataknya. Tak pernah sudah.. “

” Inilah dia kan peng0rbanan ibu. i wish i could be like you. Semoga kita semua sentiasa dilimpahkan rezeki.. “

Setiap orang ada pandangan yang berbeza dan keputusan Mia untuk memilih keluarga berbanding kerjaya adalah satu peng0rbanan yang bagus. Semoga segala urusan Mia dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak sentiasa dipermudahkan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mia Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..