” Wah samalah Fatima dengan muka mommy, exactly like mommy.. ” – Netizen

Gambar Perbandingan Nur Fatima Aisya Dengan Ibunya, Nur Fazura Ketika Zaman Kanak-Kanak Jadi Perhatian Peminat. Eh Yang Ni Memang Sebijik Sama Wajah Fatima Dengan Mommy. C0py Paste Betul !!

Keluarga kecil pelakon dan usahawan, Fazura dan Fattah Amin sentiasa menjadi perhatian peminat. Digelar sweet couple oleh para peminat mereka, kehadiran cahaya mata sulung mereka, Nur Fatima Aisya semakin menambahkan kebahagiaan pasangan ini.

Fatima sudahpun setahun usianya dan membesar menjadi anak yang baik dan aktif. Pelbagai gelagat Fatima ada dikongsikan di media sosial Fazura dan Fattah. Meninjau akaun Instagram Bamtahdolly (akaun kelab peminat Fattah dan Fazura) , telah dikongsikan gambar Fatima dan Fazura.

Gambar ini disunting dan diletakkan bersebelahan menunjukkan persamaan wajah antara Fatima dan Fazura ketika kanak-kanak. Fazura kelihatan memakai jubah dan topi majlis graduasi. Bagi peminat yang lahir sekitar tahun 80-an, gambar kenangan seperti ini pasti ada.

Melihat akan wajah anak dan ibu ini, Fatima semakin nampak mewarisi wajah Fazura. Jika sebelum ini, Fatima sering dikatakan nampak seiras dengan wajah Fattah namun apabila melihat gambar Fazura ini, nyata Fatima c0py paste mommynya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Baik Fatima mahupun Fazura, kedua-duanya comel sekali. Peminat juga ramai yang mengatakan wajah anak dan ibu ini banyak persamaannya. Antara komen-komen peminat :

” Alolo sama la muka Fatima dengan muka mommy. Muka Adelia pun ada jugak, hehe rindu la budak kecil comel ni.. “

” Wah samalah Fatima dengan muka mommy. Sama bentuk mata tu, i dah perasan lama bentuk mata Fatima sama macam mommy hehe.. “

” Makin iras mommy dia dah. Copypaste mommy sangat Fatima ni. Alaa comelnya lah dua dua ni.. Samalah Fatima dengan mommy, exactly like mommy.. “

Sekilas pandang, memang boleh tertukar melihat wajah Fatima dan Fazura ini. Terserlah persamaan wajah mereka terutamanya pada bahagian mata. Mata yang besar dan bulat itu menjadi tarikan peminat.

Kecil sudah nampak seperti mommy, pasti Fatima dewasa kelak bakal menjadi secantik mommynya juga. Apa-apa pun, semoga Fatima membesar dengan sihat dan menjadi anak kebanggaan mommy dan daddy suatu hari nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bamtahdolly, IG Fazura, IG Fattzurarangers

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..