” Sweetlah kakak, tenang hati membaca ucapan Sari ni. Untung Jep.. ” – Netizen
Sari Yanti Kongsi Gambar Dan Ucapan Sempena Ulangtahun Kelahiran Suami Tersayang, Jep Sepahtu Raih Perhatian Peminat. Wah Jarang Tengok Gambar Sweet Sari Dan Jep Ni. Ucapan Juga Paling Bermakna Buat Sang Suami !!
Semalam tanggal 9 April merupakan hari ulangtahun kelahiran pelawak terkenal, Jep Sepahtu. Menerusi akaun Instagram Sari Yanti, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Sari bersama Jep berada di pesisiran pantai.
Memakai pakaian sedondon berwarna kuning, pasangan ini sememangnya antara pasangan yang digemari ramai. Sebagaimana orang lain, Sari turut mencoretkan ucapan hari lahir khas buat suami kesayangannya ini.
Seperti tahun sudah, ucapan Sari penuh dengan doa yang baik-baik buat Jep. Antara yang diharapkan oleh Sari untuk Jep adalah diberikan kesihatan yang baik dan dijaga iman dan hatinya. Doa daripada seorang isteri inshaAllah dimakbulkan oleh Allah, apatah lagi ianya ikhlas daripada hati.
Posting oleh Sari ini telahpun mendapat hampir 70 ribu tanda suka daripada peminat sehingga kini. Bukan selalu Sari belanja gambar romantis sebegini bersama Jep. Kebahagiaan yang terbina semoga berkekalan sampai ke hari tua.
Jom baca perkongsian di bawah :
Peminat juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Jep di ruangan komen. Antara komen-komen mereka :
” First time thu nama full jep. wish him the happiest befday, n wish u a harmonious marriage till jannah together.. “
” Sweetnya, sweet couple hingga ke jannah. Tiap tahun saya tunggu ucapan Sari untuk Jep. Tenang hati membaca ucapan Sari ni. Untung Jep.. “
” Sweetnya, happy birthday Abang Jep. Semoga bahagia dan kekal hingga ke jannah. Gembira selalu dengan keluarga tercinta Jep.. “
” Pasangan idola saya, bersemut betul ucapan Sari ni. Sweetlah kakak, suka baca. nampak ikhlas dari seorang isteri untuk suami tu.. “
” Alolo sweet bus0k masam ni hehe. Jarang dapat tengok gambar sweet macam ni. Happy birthday Jep. Semoga kekal bahagia dengan Sari dan anak-anak.. “
” Happy bday Jep, semoga sentiasa sihat, sentiasa dlm iman dan taqwa, dan sentiasa bahagia bersama kkuarga tercinta, aamiin.. “
” Amin ya rabbal Alamin. Sweet nya alahai, kalau 20 ribu orang baca caption Sari ni, 20 ribu orang lah jugak yang mendoakan Jep. Alhamdulillah isteri yang baik Sari.. “
Bahagia peminat melihat kegembiraan pasangan Sari dan Jep ini. Semoga bertambahnya usia, Jep akan dikurniakan oleh Allah rezeki yang mencurah-curah, diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang, aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sari Yanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..