” Boy makin handsome, girl sebijik muka Mawar.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Terbaru Anak Mawar Rashid, Raden Muhammad Rafael Dan Raden Seri Rosabella Cinta. Wah Si Kecil Tu Dah Pandai Jalan, Comel Jer !!

Mawar Rashid merupakan seorang pelakon di mana kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015. Untuk rekod, Mawar sudah berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Meninjau ke akaun Instagram, Mawar ada berkongsi beberapa gambar dan video ketika mereka sekeluarga meluangkan masa di Dinosaur Encounter Pusat Sains Negara. Menurut Mawar, walau sibuk macam mana pun, masa bersama keluarga tetap perlu.

Mawar turut berkongsi beberapa aktiviti lain bersama anak-anaknya di ruangan kapsyen. Antaranya ialah solat berjemaah, mencuci kereta, menonton TV, memasak dan banyak lagi. Aktiviti sebegini amat penting dalam mengeratkan hubungan keluarga.

Selain itu, wajah kedua orang anak Mawar telah mencur1 perhatian ramai. Raden Muhammad Rafael Dan Raden Seri Rosabella Cinta dilihat sudah makin membesar. Malah Cinta juga sudah boleh berjalan dengan sendirinya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang memuji wajah comel kedua cahaya mata Mawar. Antara komen-komen yang diberikan :

” Mawar makin cantik jee nampak mcm bdk sekolah dgn adik.. Comelnya budak-budak tu.. Aww, so sweet this family.. “

” Boy makin handsome, girl sebijik muka Mawar.. kenapa rasa macam shin ha ri dgn kang tae mo version malaysia..  ” 

” Alaaaaaa nanti pegi lagi sekali with me , syaikhul & Sumayyah ok.. bila share cmni tribute watak Rose dlm villa kristal.. “

” Makin handsome la yang boy tu  yang baby girl comel sebiji muka mawar  Baby girl mawar sebaya dgn anak saya .. “

” Mawar , cara pakai tudung tu leh share tak ? mcm best pusat sains negara.. comelnya baby cinta.. abang pun handsome.. “

” Area mn Sy nk bwak ank prgi situ.. Suka tengok Mawar dari dulu hingga sekarang comel anak2 ikut mama nya comel.. “

” MasyaAllah comelnyaa anak mawar.. Sebijik betul muka cinta dgn rafaeL.. dah makin besar anak-anak Mawar.. “

Bagus juga perkongsian Mawar mengenai aktiviti yang sesuai dilakukan bersama keluarga. Kadangkala apabila terlalu sibuk, ia boleh merengg4ngkan hubungan keluarga. Semoga Mawar Rashid sentiasa bahagia bersama suami dan anak-anak tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mawar Rashid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..