” Future imam Masjid Negara ni, amin. Nana doakan.. ” – Sheila Rusly

Video Anak Betty Rahmad, Ardy Wira Sedang Solat Berjemaah Bersama Bapanya. Namun Gaya Wira Yang Membaca Surah Dengan Nada Kuat Cur1 Perhatian Ramai. Nasib Imam Tak Tergelak, Kalau Tak, Batal Solat, haha !!

Bagi mengikuti selebriti Betty Rahmad pasti tahu, dia sering berkongsi video perkembangan anaknya, Ardy Wira. Banyak video gelagat Wira yang selalu menarik perhatian ramai. Ramai yang menyatakan Wira adalah seorang kanak-kanak yang bijak daripada usia sebenarnya.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Betty ada memuatnaik satu video yang memaparkan Wira sedang solat berjemaah bersama bapanya. Namun sekali lagi gelagatnya dalam video tersebut telah mencur1 perhatian ramai.

Manakan tidak, kedengaran Wira telah membaca surah Al Fatihah dengan nada yang tinggi meng4lahkan suara bapanya sebagai imam solat. Sempat Betty berseloroh pada penulisannya, bahawa situasi tersebut siapa sebenarnya yang menjadi imam.

Hingga kini, perkongsian video Wira sedang solat itu telah mendapat lebih 18 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Amboi Wira lajunya bacaan surah tu, nak ke mana baca laju-laju.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan suka dengan perkongsian video oleh Betty itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Future imam Masjid Negara ni, aminnnn, nana doakan.. ” – Sheila Rusly

” Hahahhahhahaah so cute. Nsb imam depan tu tak tergelak, kalau tak, habis lah batal solat, hehe kelakar n bijak lah Wira ni.. “

” Sebijikkk laa anak saya, hahaha penattt aihh nk kusyukk, soree diaa sajaa lbih dr imam tau, sabar jalah.. “

” Hehehe comelnyaa Wira, Alhamdulillah pandainya Wira. Bagus kecil-kecil ajar anak solat jemaah, moga jdi anak yang soleh.. “

” Zaman kecik2 dulu arw4h mak cerita juga, lagi kuat imam baca lagi kuat suara law4n bacaan imam, abis solat org dok gelak2 tanya anak sapa, hahaha.. “

” Laju2 nak pi mana tu Wighaaaaa. So cute la uuu. Dia masih kecil lagi, di maafkan. Dah tentu2 pahala yg dpt si kecil ini.. “

” Wira, Wira. Hehe amin2 jadi imam nanti dah besar, Alhamduillah. Tak pe, janji dia nak buat. Sejuk perut ibunya kan.. “

” Comel yerrlah suara dia tu. Betty makan apa laaa time pregnant dpt si bijak ni. Ger4m tengok gelagat dia, hehehe.. “

Alahai gelagat Wira dalam video tu memang comel. Dah pandai baca surah Al-fatihah, bijak lah Wira. Apa-apa pun, semoga Wira terus membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang baik, soleh serta kebanggaan kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..