” Kalau aku jadi mak dia, aku dah gelak guling-guling masa rekod ni.. ” – Netizen
Makan Timun Gaya Mukbang, Telatah Dan Dialog Jebat Jayden Bersama Ibunya, Noornabila Buat Ramai Terhibur. Amb0i Lain Dimakan, Lain Pula Yang Dirasa Yer Jebat. Lawak Betul !!
Telatah si kecil bernama Jebat Jayden sering menarik perhatian peminat. Perbualannya baik ketika bersama Sharnaaz Ahmad mahupun Noornabila ada sahaja yang mencuit hati dan membuatkan warganet turut sama tergelak mendengarnya.
Petah bercakap, itu yang dapat digambarkan untuk Jebat sekarang. Ayat spontan yang keluar daripada mulut si cilik ini juga kelakar. Meninjau akaun Instagram Sinar_my, telah dikongsikan satu video yang diulangsiar daripada akaun Tikt0k milik Noornabila.
Memaparkan gelagat Jebat yang sedang menikmati buah timun, perbualan antara ibu dan anak ini mendapat perhatian dan ditonton oleh lebih 76 ribu tontonan sehingga kini. Memberitahu mommynya rasa timun itu sedap seperti buah Strawberry, ayat Jebat buat Nabila sendiri tergelak.
Tidak itu sahaja, reaksi wajah Jebat dan gaya makan seperti membuat video mukbang juga melucukan. Bukan main lagi Jebat ini, ada sahaja akalnya. ‘Saya tak r1sau’, spiderman bersilat dan kali ini timun pula rasa buah Strawberry, alahai Jebat Jayden.
Jom tonton video di bawah :
Pelbagai reaksi dan komen diberikan oleh peminat di ruangan komen posting tersebut. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kalau aku jadi mak dia, aku dah gelak guling-guling masa rekod ni. Macamana lah mak dia boleh steady ek haha.. “
” Haha lawak Jebat , makin lawak macam bapaknya. Tak menahan tu sedapnya rasa strawberry kan haha.. “
” Gaya mukbang dah ada tu haha. Rasa strawberry eh Jebat, comel betul la budak kecik ni. Macam macam la hang Jebat.. “
” Lucu Jebat, timun rasa strawberry haha. Beriya dia punya waaa tu sekali timun rasa strawberry pulak. Tersembur air tengok video ni.. “
” Alahai comel sangat. aunty yang nengok nie pun boleh senyum sorang-sorang dan berulang Kali nengok.. “
” Lawak dia macam bapak dia, senyum pun sebijik bapak. Comel sangat, nak strawberry makan lah timun haha.. “
” Ad0i baby ni, boleh pulak rasa strawberry haha. Siap buat gaya makan versi mukbang tu nak suruh orang terliur baby makan timun ke haha.. “
Timun rasa Strawberry pun bolehlah Jebat, janji Jebat happy. Penghibur hati mommy yang boleh mengh1langkan segala gund4h di jiwa betul Jebat ini. Semoga Jebat membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa dalam lindungan Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar_my, IG Noornabila, IG Jebat Jayden
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..