” Tak sabar, rindu sangat gandingan dua pelakon hebat ni.. ” – Netizen

Video Eja Bertemu Kembali Dengan Fahrin Ahmad Mengimbau Kenangan Lama Drama Seputeh Qaseh Ramadhan. Wah Ada Misi Katanya, Mesti Ramai Yang Tak Sabar !!

Eja antara pelakon wanita yang popular suatu ketika dahulu. Banyak drama yang dibintangi oleh jelitawan ini yang menaikkan namanya dan masih terus lekat di hati peminat drama Melayu tempatan sehingga kini.

Pada perkongsian terdahulu, Eja ada berkongsikan detik pertemuan semula dengan pasangan gandingannya dalam drama Rahsia Demi Rahsia iaitu Mahmud Ali Bashah. Eja juga ada bertemu dengan pasangan hosnya, Halim Othman.

Meninjau entry terbaru Eja, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Eja sedang jalan beriringan bersama pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad. Siapa boleh lupa pada gandingan mereka dalam drama hang4t, Seputeh Qaseh Ramadhan.

Di ruangan kapsyen, Eja menulis sedutan dialog antaranya dengan Fahrin dalam drama tersebut. Melihat sahaja Fahrin bersama Eja pasti membuatkan ramai peminat yang tidak sabar untuk melihat gandingan mereka semula.

Jom tonton video di bawah :

Fahrin Ahmad turut berkongsikan sedutan video lakonan bersama Eja. Alahai memang automatik teringat kuih tako Qaseh dalam drama ni.

Perkongsian oleh Eja ini telahpun mendapat lebih 6000 tanda suka daripada peminat sehingga kini. Antara komen-komen peminat :

” Can’t wait kakak, berlakon semula ke primadona. Idola saya kak Eja ni, wah best ni baru je teringat dua ari lepas drama ni. Tiba tiba nampak ni.. “

” Cantiknya Eja, i miss you. Because of this drama i named my daughter Qaseh.One of the best drama from kak Eja. Please make come back.. “

” Seputeh qaseh Ramadhan, Besttt g1la And cerita ni yang ada isu bulu mata kan. Apa-apa pun memang sed1h sangat dan best.. “

” Dulu kalau baca apa apa novel, mesti jadikan dua dua ni hero dan her0in. Tak sabar nak tengok.. “

” Hero Heroin Seputih Qaseh Ramadan, saya ingat part bulu mata kontr0versi tu hehe. Arghh favourite drama ni. Harap ada gandingan baru.. “

” Alaaa, rindunyaaa dorang ni. Suatu tika dulu muka dorang lah yg memenuhi slot samarinda, akasia di tv3.. “

” Tak pernah tak tengok lakonan Eja dan Fahrin. Dulu, kini dan selamanya. Tak sabar, rindu sangat gandingan dua pelakon hebat ni.. “

Drama air mata dan banyak pengajaran yang terkesan di hati peminat dek kerana lakonan mereka berdua. Apa misinya, sama-sama kita nantikan. Adakah mungkin ada gandingan lagi yang boleh jadi pengubat rindu peminat. Apa-apa pun, good luck dan all the best buat Eja dan Fahrin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eja78, IG Fahrin Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..