” Perkongsian yang sangat menyentuh hati, jujur dan ikhlas.. ” – Netizen
Video Perkongsian Faizal Tahir Tentang Anak Istimewanya, Maryam Tahirah Buat Peminat Kagum. Jarang Faizal Nak Bercerita Pasal Anak. Sungguh Cekal Dan Positif Setiap Ungkapannya. Tulus Daripada Hati Insan Yang Bergelar Ayah !!
Sekitar pada bulan Disember tahun lalu, Faizal Tahir berkongsikan berita gembira di Instagramnya memaklumkan dirinya dan isteri menyambut cahayamata ke 7 mereka. Dikurniakan seorang anak perempuan, si kecil ini melengkapkan lagi keluarga besar Faizal.
Hasil tinjauan kami di Instagram Faizal, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perkongsian Faizal tentang anak yang ketujuhnya ini. Sepakat menamakan bayi ini sebagai Maryam Tahirah, nama Maryam diambil sempena nama ibu kepada Nabi Isa dan Tahirah pula sempena nama arw4h bapa Faizal, Tahir.
Ungkap Faizal lagi, Maryam anak yang istimewa dikurniakan Allah kepadanya dan isteri. Qadar dan Qada Allah, Maryam cucu yang sangat dinanti-nantikan oleh arw4h bapa Faizal namun tidak kesampaian untuk melihat cucunya ini kerana dijemput Ilahi.
Kehadiran Maryam membawa sesuatu yang baru dalam kehidupan Faizal kerana Maryam disahkan mengh1dap sindr0m d0wn. Sejak daripada dalam kandungan lagi, mereka sudah dimaklumkan oleh doktor yang Maryam mempunyai beberapa mas4lah dan k0mplikasi.
Jom tonton video di bawah :
Redha dan menerima ketentuan ini, rata-rata peminat kagum dengan sifat positif Faizal ini. Kata-kata semangat juga dititipkan peminat untuk Faizal sekeluarga dan antara komen-komen :
” SubhanAllah… AllahuAkhbar… perkongsian yang istimewa dan banyak pelajaran .. Hebatnya Maryam .. malaikat kecil kiriman Allah swt.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza
” AllahuAkbar terima kasih Faizal Tahir. You inspired us, thank you. Semoga Maryam membesar dengan baik dan sihat.. “
” SubhanAllah perkongsian yg sgt menyentuh hati, jujur dan ikhlas faizal_tahir . Alhamdulillah dan Tahniah FT dan isteri atas kelahiran anakanda Maryam Tahirah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian sklrg, sabar dan tabah.. “
” Sangat tersentuh hati with the strength of your family’s foundation and pegangan. Alhamdullilah thank you for sharing this.. “
” Alhamdulillah, anak syurga. terima kasih memberikan semangat dengan kata2 yang indah bro. Syukur kalian bertuah, ladang pahala untuk si ayah dan ibu.. “
” Allahu.. bro, trima kasih atas perkongsian yg menyentuh hati. U did well bro. Ur baby is strong. Pahala berpanjangan untuk bro dan wife, Sentiasa tabah.. “
” Masha Allah abg faizal. Ada anak syurga dlm keluarga. Semoga Maryam Thohiroh akan jadi asbab utk ibu ayahnya, keluarga ke syurga. Thank u for positive sharing pagi jumaat.. “
Kuncinya adalah redha dan betul kata Faizal, ini ujian daripada Allah untuk dirinya menjadi lebih baik. Didoakan semoga Maryam Tahirah membesar menjadi anak yang solehah dan Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan buat Faizal sekeluarga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Faizal Tahir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..