” Dah lah mantap cakap English, Mandarin pun padu.. ” – Netizen
Video Anak Faezah Elai, Dealova Heyrinna Fasih Membaca Dalam Bahasa Mandarin Buat Peminat Kagum. Wah English Berabuk, Bahasa Mandarin Pun Power. Hebat Lah Dealova Ni !!
Sebelum ini, pelakon jelita Faezah Elai ada berkongsikan video bagaimana anak sulungnya, Dealova Heyrinna memberikan tips untuk menaiki pesawat. Kefasihan Dealova bercakap dalam bahasa Inggeris membuatkan ramai yang kagum.
Meninjau akaun Instagram Faezah Elai, telah dikongsikan satu lagi video baru Dealova. Memaparkan gelagat Dealova yang sedang belajar bahasa Mandarin secara online, bacaan Dealova begitu lancar sekali.
Menurut Faezah, Dealova juga boleh bercakap dan membaca dalam bahasa Mandarin selain bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Faezah juga mended4hkan yang Dealova fasih berbahasa Inggeris sejak masih kecil lagi.
Faezah turut menyangkal dakwaan yang mengatakan Dealova dihantar ke sekolah International atau private school. Cuma mengikuti pengajian di sekolah kerajaan, ianya mencukupi untuk Dealova dapat belajar dengan baik.
Jom tonton video di bawah :
Sejak ianya dikongsikan, video ini telah ditonton hampir 70 ribu tontonan sehingga kini. Seronok melihat kesungguhan Dealova belajar. Antara komen-komen yang dapat dikongsikan untuk pembaca :
” Bagus boleh kuasai pelbagai bahasa. Depa ger4m anak depan tak boleh cakap macam anak hampa haha.. “
” Part ibadah Tu cheq suka. now a day, belajar banyak Bahasa baguihhh. Padu banyak bahasa dia boleh, let0pan lah anak hampa.. “
” Zaman sekarang semua budak pandai speaking english. Alhamdulillah, pandai dak Dealova ni. Mandarin pun padu.. “
” Dah lah mantap cakap English, power akademik lagi.. memang cukup pakej dealova.. semoga success ya.. “
” Alhamdulillah tahniah mommy faezahelai proud of u babe.. smg Allah limpahi dgn segala kebaikan utk anak2 kita… dan sentiasa dipayungi dgn kasih syg Allah.. “
” Terbaiklah Dealova, ambik kelas mandarin atau memang sekolah cina ni. Fasih baca suka lak kita dengar.. “
” Budak budak lagi mudah absorb language dari kita kita yang dah tua ni. Tapi sungguh English anak depa accent seronok dengar.. “
Sememangnya kanak-kanak memang bagus dided4hkan dengan pelbagai bahasa sejak masih kecil. Banyak kebaikan dan kegunaannya pada masa akan datang. Apaapa pun, Dealova memang seorang anak yang bijak dan rajin belajar. Semoga terus success dalam pelajaran yer si cantik.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Faezah Elai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..