” Yeay Eshaal nak jadi kakak sudah.. ” – Netizen

Stacy Anam Umum Berita Gembira Tentang Kehamilannya Di MeleT0p Buat Peminat Teruja. Wah Dah Banyak Bulan Rupanya, Comel Je Pegang Baby Bump Tu. Tahniah Stacy Dan Akim !!

Nama Stacy Anam dan Akim Ahmad kembali menjadi sebutan semenjak berakhirnya AJL 36 baru-baru ini. Masih lagi yang belum tahu pencipta lagu Cinta nyanyian Marsha Milan yang menggunakan nama Bunga Cantik dan Hang Nadim, rupanya ia adalah Stacy dan Akim Ahmad.

Meninjau akaun Instagram Officialhlive, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan Stacy sebagai artis jemputan di rancangan hiburan sensasi, MeleT0p. Dihoskan oleh pasangan gemp4k, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, suasana cukup meriah dengan gelak ketawa dan usik mengusik mereka.

Dalam video ini, Elly mengutarakan soalan daripada ramai netizen yang meminta bertanya kepastian daripada Stacy adakah dirinya hamil. Tidak berselindung, Stacy mengiyakan dan memberitahu ura-ura itu adalah benar.

Gelagat Elly yang teruja mendengar jawapan Stacy ini juga mencuit hati. Kata Stacy lagi, bukan mahu berahsia cuma untuk memastikan kandungannya benar-benar sihat sebelum mengumumkan kepada peminat. Wah sudah 4 bulan rupanya usia kandungan Stacy, patutlah berseri-seri sahaja wajah Stacy.

Jom tonton video di bawah :

Berita ini telah disambut dengan gembira oleh para peminat. Ucapan tahniah menbanj1ri posting ini dan antara komen-komen peminat :

” Alhamdulillah, congrats Stacy dan suami. Kelakar lah kak Lina ni, berdekah aku tengok. Happy dia tu lain macam.. “

” Alhamdulillah tahniah Stacy dan Akim. Dah agak dah nampak baby bump Stacy masa AJL aritu. Yeay Beyshal nak dapat adik.. “

” Mudah-mudahan Stacy dapat anak boy pulak kali ni, Aamin. Tahniah Stacy, suka tengok cara Kak Lina bertanya sopan je dengan manja nya tu.. “

” Wah tahniah Stacy, patutlah nampak berseri-seri aura ibu mengandung. Patut aritu datang muzik muzik dah nampak dah perut. Cute baby bump.. “

” Tahniah Stacy hamil lagi. Semoga mommy dan baby sihat hingga ke akhirnya dan dipermudahkan semuanya.. “

” Congrats dapat baby baru. Mencurah curah rezeki Stacy dan Akim tahun ni. Alhamdulillah so happy for you idola.. “

” Yeay Eshaal nak jadi kakak sudah. Tahniah Stacy, rezeki anak betul menang AJL36. Semoga dipermudahkan segalanya.. “

Rezeki daripada Allah, mencurah-curah rezeki Stacy dan Akim pada tahun 2022 ini. Permulaan tahun yang baik bak kata peminat, rezeki baby yang bakal dilahirkan. Semoga urusan Stacy sepanjang hamil dipermudahkan sehingga selamat melahirkan nanti. Tahniah sekali lagi Stacy dan Akim.

 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Officialhlive, IG Meletop, IG Stacy Anam

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..