” Citra buat aunty nang1slah, anak syurga yang pandai menghargai ibunya.. ” – Netizen
Erma Fatima Kongsi Video Terima Hadiah Hari Lahir Daripada Anak Istimewanya Citra Buat Ramai Tersentuh. Hadiah Yang Istimewa Dan Ikhlas Daripada Citra !!
Hasil tinjauan kami di Instagram pengarah dan pelakon terkenal Erma Fatima, telah dikongsikan satu video pendek berdurasi 3 minit lebih yang memaparkan Erma menerima hadiah daripada anak istimewanya bernama Citra.
Sebagaimana yang diketahui peminat, Citra adalah salah seorang daripada anak-anak angkat Erma. Selain Citra, Erma turut mempunyai 3 orang anak angkat lelaki dan seorang lagi anak angkat perempuan. Dua daripadanya sudahpun mendirikan rumahtangga dan Erma bakal menimang cucu sedikit masa lagi.
Dalam video ini, Citra menghadiahkan Erma sebuah tas tangan dan lebih istimewa, beg ini dihasilkan sendiri oleh Citra. Selain itu, Citra turut memberikan Erma hadiah berupa wang yang diperolehi hasil usahanya menjual perfume abang-abangnya.
Tidak itu sahaja, Citra turut mencoretkan satu bingkisan rasa yang penuh bermakna untuk Erma. Pujian diberikan oleh Citra untuk ibu angkatnya ini atas peng0rbanan dan jasa membesarkan Citra sehingga kini. Cukup puitis bahasa Citra dan cukup untuk menyentuh hati peminat yang menonton video ini.
Jom tonton video di bawah :
Baru beberapa jam dikongsikan, video oleh Erma ini telahpun ditonton oleh lebih 41 ribu tontonan. Antara komen-komen peminat :
” Doa dari anak syurga. Video ni buat hingus kita jejeh jejeh. Tahniah kakakku Erma Fatima kerana berjaya mendidik dan membesarkan anak dengan penuh adab dan kasih sayang.. “
” Masya Allah Citra, teres4k-es4k lah tengok. Selamat hari jadi mama. Semoga diberkati dunia akh1rat, tetap disayangi semua orang. Aamin.. “
” Meleleh ayaq mata tengok, terharu sangat. Semoga Mak Cun, Citra dan semua family selalu dalam lindungan Allah.. “
” She’s so precious Erma. Menitik airmataku, anak syurga yang pandai menghargai ibunya. Citra buat aunty nang1s lah.. “
” Special girl pandai buat orang feel special. Mata masuk habuklah dengar ucapan Citra tu. Cukup mendalam dan istimewa penghargaannya buat Erma.. “
” Kita dengar pun seb4k, dari keikhlasan hati anak syurgamu. Alhamdulillah, Citra yang cukup istimewa.. “
” Indahnya penulisan Citra, sungguh syahdu. Tersentuh hati saya, anak hebat sebab ibunya hebat.. “
” Sungguh berharga penghargaan anak untuk seorang ibu. Kita nang1s tengok hubungan suci antara anak dan ibu ni. Walaupun bukan dar4h daging, tapi kasih sayangnya cukup kuat.. “
Bukan hadiah mahal yang dinantikan oleh si ibu, namun ingatan dan kasih sayang daripada seorang anak. Ikhlasnya Erma menjaga dan mendidik Citra begitu jugalah Citra menyayangi Erma. Selamat ulangtahun Erma dan semoga Erma bahagia selalu bersama anak-anak tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Erma Fatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..