” Dari dulu perasan memang sedap suara Betty menyanyi, berbakat.. ” – Netizen
Kongsi Video Sedang Menyanyi Lagu Cinta Nyanyian Marsha Milan Di Dalam Bilik Air, Ramai Yang Puji Suara Betty Rahmad. Wah Pandai Betty Pilih Tempat Menyanyi, Auto Tune Semulajadi. Part Komen Suami Betty Pun Kelakar, Haha Bertabah Lah Betty !!
Selepas meraih naib juara dan persembahan terbaik pada Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) baru-baru ini, lagu Cinta nyanyian penyanyi Marsha Milan masih menjadi antara pilihan pendengar hingga ke hari ini.
Selain peminat, ramai rakan artis seperti Adira Suhaimi, Ara Johari dan Vaneesa Reynauld mengakui masih tidak boleh move on terhadap lagu dan persembahan Marsha pada malam anugerah berprestij itu sehingga mereka menjadikan lagu Cinta sebagai lagu ‘cover version’ .
Tidak terkecuali adalah pelakon Betty Rahmad yang turut menyanyikan lagu tersebut dan berkongsi di akaun Instagramnya. Kelihatan di dalam video, Betty sedang menyanyi di dalam bilik air rumahnya dengan membawa lagu Cinta dengan penuh penghayatan.
Persembahan Betty telah membuat peminat mengatakan Betty memiliki bakat dalam nyanyian. Hingga kini, perkongsian video oleh Betty telah mendapat lebih 14 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Betty. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sayangnya tak jadi penyanyi sis, memang ada bakat lah. Dari dlu perasan memang sedap suara sis menyanyi.. “
” Woww p0wer lah, next year boleh masuk Ajl lah kalau mcm ni. Hebat, bakat nyanyian tu lagi banyak nampak.. “
” Betty suara mmg sedap, lama dah ku perati, mmg berbakat. Lagi satu lagu ni pun memang sedap dengar, layak menang.. “
” Lagu mel4lak time mandi kite skrg juga tau. Hahah ke mana sahaja aku menyanyi lagu ni, sebb tak boleh move on juga.. “
” Sedap sgt suara kak Betty, dah boleh keluarkan single lah kalau macam ni, hehhe. Power lah kak Betty.. “
” Awesomeeeee. Sis memang hebat nyanyi, serius sedap betul suara. Sy bagi cadangan sis buat satu album, hehe.. “
” Suara you mmg sedapppp, kenapa tak jadi recording artis. Dulu you selalu share video you nyanyi. Share la lagi, suka sgt dgr.. “
Komen daripada suami Betty, Ardy Damis turut mencu1t hati
Sedap suara Betty menyanyi, nampak Betty membawa kelainan dengan caranya yang tersendiri, patut ramai yang puji. Apa-apa pun semoga Betty terus berjaya dalam bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Betty Rahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..