” Layan betul masuk air dua ni, semangat endingnya. Haha.. ” – Netizen

Video Elly Mazlein Dan Sherry Alhadad Menyanyi Lagu Raya Bersama Dato’ Seri Siti Nurhaliza Di Big Stage. Fuhhh Happening Sungguh Bila Sherry Dan Kak Kep0m Bergabung. Part Ending Lagu Tu Lain Macam Betul Bunyinya, Haha !!

Jika minggu lalu, Elly Mazlein menggantikan Sherry Alhadad sebagai pengacara bersama rancangan Big Stage bergandingan dengan Aliff Satar. Minggu ini pula, Sherry kembali semula sebagai pengacara dan digandingkan bersama Elly.

Kedua-duanya diketahui peminat akan sifat mereka yang g1la-g1la. Ada sahaja idea Sherry dan Elly untuk menceriakan suasana. Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Elly dan Sherry menyanyikan lagu raya popular Dato’ Siti berjudul Sesuci Lebaran.

Dato’ Siti turut menyanyi bersama dan gelagat Elly serta Sherry menari di pentas buat penonton tergelak. Alahai terasa seperti hari raya pula bila mendengar lagu raya sebegini. Nyanyian mereka ini menerima tep0kan gemur0h daripada penonton di dewan.

Yang mencuit hati penonton adalah lirik ending lagu yang disebut oleh Elly dan Sherry. Tiba-tiba sahaja tersembul perkataan ‘ Syahadah ‘. Ini sudah sal4h lirik lah, haha. Apabila Sherry dan Elly bergabung tak kering gusi dibuatnya.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, posting ini telahpun mencatatkan lebih 60 ribu tontonan. Antara komen-komen warganet :

” Lagu raya terus Tokti bagi haha, terasa nak raya la pulak dengar. Nampak Sherry enjoy sangat dengan kak lina.. “

” Tetiba teringat baju raya tak beli lagi ni haha. Macam dah dekat sangat dah raya ni, banyaknya nak kena beli haha.. “

” Part last tu dah kenapa tetiba syahadah pulak haha, adui lawak betullah Elly dengan Sherry ni. Pen4t gelak tau.. “

” Balik tengok Big Stage tiba tiba lagu raya haha, tapi ending syahadah tu kebab0m. Very the Sherry and kepom lah.. “

” Kak Lina best, Sherry pun best layan betul masuk air dua ni. Semangat tu ending nya haha.. “

” Gandingan Sherry Elly ni setanding gandingan Kak Engku Shira. Bersahaja, hidup dan menghiburkan.. “

” Memang melet0p gandingan Sherry dan Kak Lina, nak gelak je dari awal sampai last. Berduet lagu pun ke laut dalam terus haha.. “

Meriah itu yang dapat digambarkan untuk Big Stage minggu ke 5. Pastinya peminat juga mengharapkan ada lagi gandingan Elly dan Sherry selepas ini. Apa-apa pun, tahniah untuk kedua-dua figura ini kerana berjaya menghiburkan semua.

Silakan SHARE..

Sumber : Astro Gempak, Sherry Alhadad, Elly Mazlein, Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..