” Happening sangat, mak pak lagi over daripada anak-anak ni. Haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Memey Suhaiza, Norman Hakim Dan Abby Abadi Sekeluarga Bermain Musical Chair Buat Peminat Terhibur. Bila Mak Bapak Yang Main, Kec0h Betul Jadinya. Nasib Lah Tak Tersungk0r Masing-Masing, Haha !!

Keakraban antara keluarga besar Abby Abadi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim sememangnya sering meraih perhatian dan pujian daripada peminat. Sering melakukan pelbagai aktiviti keluarga bersama, kali ini mereka bercuti di Bee River Home, Hulu Langat.

Seperti biasa, ada sahaja aktiviti yang dirancangkan oleh mereka untuk memeriahkan suasana percutian. Meninjau akaun Instagram Memey Suhaiza dan Abby Abadi, telah dimuatnaik video yang memperlihatkan aktiviti kekeluargaan mereka pada hari itu.

Bermain musical chair, tidak hanya anak-anak malah golongan dewasa juga turut bermain permainan ini. Meriah dan menghiburkan melihat telatah masing-masing berebut kerusi, semangat semua ingin menang.

Gelak ketawa keluarga ini menunjukkan semuanya gembira dengan percutian mereka. Selain mengeratkan lagi hubungan, tercipta satu lagi memori indah untuk mereka sekeluarga yang boleh dikenang pada masa akan datang.

Jom tonton video di bawah :

Seronok peminat melihat perkongsian video oleh Memey dan Abby ini. Antara komen-komen peminat yang dapat dikongsikan :

” Aku ketawa sendiri lihat telatah Abby dan Memey. Bahagia mereka semua, terbaik. Gabungan family yang besar nikmatnya. “

” Bangga dengan keluarga ini, semoga terus bahagia. Best dapat gathering mcam ni, seronok je rasa.. “

” Mama kena sengg0l, kak abby kena t0lak haha. Ad0i kak abby gelakkan memey, sekali amik marissa t0lak terduduk dekat batu batu tu haha.. “

” Main t1pu tadi kan dah kal4h haha. Comel semua, sporting betul masing-masing, kita rasa bahagia tengok.. “

” Main musical chair ni tak0t sangat pat4h kerusi diterj4hnya. Tr4uma sangat haha. Mak ayah lagi riuh dari anak-anak ni haha.. “

” Terhibur sekali, happynya tengok family ni. Seronok tengok, comel semua. Bila mak mak main, ambil nak sampai berg0lek atas tanah haha.. “

” Kita pulak yang tersenyum seorang tengok video ni. Bahagianya tengok ikatan kekeluargaan yang bahagia macam ni.. “

” Bestnya happening sangat, mak paknya lagi 0ver dari anak-anak ni haha. Berg0lek-g0lek atas tanah camni gaya haha.. “

Anak-anak gembira, begitu juga dengan ibu-ibu dan ayah-ayah mereka. Peminat juga turut mendoakan agar ikatan keluarga ini akan sentiasa aman damai sebegini sampai bila-bila. Selamat bercuti dan stay safe selalu Memey dan Abby sekeluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Memey Suhaiza, IG Abby Abadi, IG Norman Hakim  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..