” Impian setiap bernama isteri, tempat ni lah paling suka bagi kami.. ” – Netizen

Ajak Shiro Kongsi Video Hadiahkan ‘Sesuatu’ Istimewa Buat Isteri Tersayang. Wahh Nampak Macam Cantik, Walaupun Belum Siap Sepenuhnya. Luas Pulak Tu, Terbaik Lah Ajak !!

Terbaru, meninjau di akaun Instagram penyampai radio yang juga pelawak, Ajak Shiro telah berkongsi satu video yang memaparkan Ajak telah memberikan sesuatu yang istimewa khas buat isteri tercinta iaitu Afifah Amin.

Rupanya, Ajak telah menghadiahkan dapur baru buat Affiah dengan meluaskan lagi ruangan dapur rumah mereka dan mengubahnya menjadi lagi bertambah cantik dan selesa. Selain itu, di kapsyen Ajak turut berkongsi satu cerita pada awal perkahwinannya.

Tulis Ajak, isterinya seorang yang tidak suka meminta-minta dan menerima seadanya kehidupan awal perkahwinan mereka yang serba kekurangan. Namun Ajak menyatakan yang sekarang, dengan adanya rezeki lebih, dia menghadiahkan ruangan dapur baru tersebut khas untuk keselesaan isterinya.

Posting oleh Ajak yang baru beberapa jam dimuatnaik ke Instagram telah mendapat lebih 16 ribu tanda suka dan seratus lebih komen daripada warganet. Wah nampak pada akhir video tersebut, bukan main lagi happy isteri Ajak dapat hadiah dapur baru.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video oleh Ajak ini dan memuji sikap Ajak yang tahu menghargai isterinya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Impian setiap bernama isteri, tempat ni lah paling suka bagi kami. Semoga murah rezeki Ajak sebab menghargai isteri.. “

” Wahh nampak luas dan cantik wlpn tak siap lagi. Untung lah isteri Ajak, alhamdulillah rezeki korang berdua.. “

 ” Bagus Ajak, appreciate wife susah senang bersama. Ke modus operandi nak beli kereta semalam eh Ajak, hahaha.. “

” Dah nk siap rupanya. Happy betul cikgu kita dapat dapur baru. Masak kena lagi sedap lah lepas ni, hehe.. “

” Begitu lah sbgai suami, c4ncel beli kereta klasik bk0rban demi bidadari syurga nya. Moga Wa Jak, wife dan anak2 sihat selalu.. “

” Alhamdulillah moga dimurahkan lagi rezeki yang banyak buat Ajak asbab gembirakan puan isteri.. “

” Alhamdulillah thniah Jak, doakn kami pun rzeki ye melimpah ruah juga yer. Semoga Jak dan wife berbahagia hingga ke akhir hay4t kalian hendakNya.. “

Walaupun belum siap, mesti cantik dapur baru isteri Ajak ni. Terbaik lah Ajak, membahagiakan isteri besar ganjaran pahala Ajak akan dapat. Apa-apa pun, semoga Ajak dan isteri terus hidup bahagia bersama sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ajak Shiro

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..