” Dah umur 10 tahun, penuh sopan dengar dia cakap.. ” – Netizen
Kongsi Video Sempena Hari Lahir Anaknya Cahaya Malaika Yang Ke 10 Tahun, Posting Mawi Cur1 Perhatian Warganet. Comel Anak Dar4 Mawi Dan Ekin Ni, Nampak Matang Bila Bercakap !!
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, telah berkongsi satu video yang memaparkan Mawi dan isterinya, Ekin meraikan ulangtahun kelahiran anak mereka iaitu Cahaya Malaika yang telah pun berusia 10 tahun.
Dalam video tersebut kelihatan keluarga bahagia ini sedang berada di sebuah restoran. Kedengaran Mawi dan Ekin telah menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada anak kesayangan mereka. Pada pertengahan video, Mawi telah meminta Malaika memberikan ucapan sempena hari lahirnya.
Perkongsian oleh Mawi itu telah mencur1 perhatian warganet. Ada yang menyatakan yang Malaika seorang kanak-kanak yang memiliki keperibadian yang baik. Manakan tidak, jika mendengar caranya bercakap jelas terlihat Malaika seorang yang sangat bersopan santun dan berbudi bahasa.
Selain itu, meninjau di akaun Instagram, ekin juga telah berkongsi video sekitar sambutan hari lahir Cahaya Malaika. Turut hadir memeriahkan majlis adalah ahli keluarga pasangan ini serta rakan-rakan rapat.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen rata-rata turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Cahaya Malaika. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dah umur 10 tahun, penuh sopan dengar dia cakap. Selamat hari lahir Cahaya Malaikha, semoga jadi anak yang baik buat ibu.. “
” Besar dah Cahaya Malaika, semoga menjadi anak yg solehah, penyejuk hati Abi & Ummi dan berjaya di dunia n akh1rat.. “
” Happy Belated Birthday, semoga sentiasa dlm rahmat & redha Allah. Aamiin. Comel lah dia, muka gabungan Mawi dan Ekin.. “
” Happy birthday Cahaya Malaika, semoga jdi anak yg solehah, berbudi pekerti dn bertakwa dn beriman.. “
” Amin, moga apa Malaika doa itu akan dimakbulkan Allah dan moga Malaika jadi anak yang baik ya, amin.. “
” Rasa kejap je masa, dah besar anak Mawi dan Ekin. Makin besar, nampak makin comel. Selamat hari lahir Cahaya Malaika.. “
” Cute dengar ucapan dia. Happy birthday Cahaya Malaika. Moga berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak yg solehah, Aamiin.. “
Alahai, ucapan Malaika tu bukan sahaja untuk dia, malah turut mendoakan kesejahteraan buat semua. Apa-apa pun, selamat hari lahir Cahaya Malaika. Semoga Cahaya Malaika terus menjadi anak yang baik dan solehah buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Cahayaasmawi, Ekinmawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..