” Fuyoo power lah suara Adam, husky macam ayahnya jugak.. ” – Netizen

Video Nyanyian Dato’ Hattan Bersama Anak Terunanya, Adam Eiman Cur1 Perhatian Peminat. Wah Boleh Tahan Suara Adam, Macam Suara Dato’ Hattan Masa Muda-Muda Dulu. Padu Lah Ayah Dan Anak Ni !!

Siapa tidak kenal dengan penyanyi bernama Dato’ Hattan. Suara emasnya yang unik dan lain daripada yang lain membuatkan Dato’ Hattan masih mendapat tempat di hati peminat. Dengan loghat Negeri Sembilan yang pekat, percakapan Dato’ Hattan juga sedap didengar.

Untuk rekod, Dato’ Hattan mempunyai seorang anak lelaki tunggal hasil perkongsian hidup dengan Datin Arianie Mohd Abidin bernama Adam Eiman. Digelar Adam E, anak muda ini juga mewarisi bakat seni ayahnya.

Meninjau akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan satu video yang memaparkan paduan suara antara Dato’ Hattan dan Adam E. Mendendangkan lagu popular Dato’ Hattan berjudul Gadis Jolobu, duet anak dan ayah ini harmoni dan merdu didengar.

Dato’ Hattan masih tetap sama suaranya dan tetap padu dengan persembahan yang bertenaga. Betul lah kata pepatah, mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi. Seronok peminat mendengar suara Adam E yang ada persamaan dengan suara Dato’ Hattan ini.

Jom tonton video di bawah :

Video nyanyian Dato’ Hattan dan Adam ini telahpun meraih lebih 6000 likes daripada peminat setakat ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Both superb, suara husky anak Dato’ Hattan ni. Suara Adam memang dari dulu sedap, knowing him from Bahran. Keep going Adam Eiman.. ” 

” Terbaik power tu, suara husky dua-dua. Sedap suara Adam, ada macam Syamel sikit-sikit. Best dengar.. “

” Dato’ Hattan suara memang power. Anaknya pun apa kurangnya, terbaik lah Adam. Lama tak nampak last tengok dekat AF dulu.. “

” Fuyoo powerlah suara Adam, husky macam ayahnya jugak. Suaranya mirip macam Dato’ Hattan waktu muda-muda dulu.. “

” Mantap blues R & B. Suara ala-ala bapaknya jugak, serak-serak gitu. Suara dato’ hattan time mudo, Favourite duo.. “

Mantap lagunya apabila anak dan ayah bergabung. Suara Adam juga dikatakan oleh peminat seperti suara Dato’ Hattan ketika zaman muda dahulu. Suara serak-serak basah, memang pelapis Dato’ Hattan lah Adam ni.

Apa pun, semoga bakat seni yang ada pada Adam ini boleh diketengahkan lagi dan menjadi bintang yang bersinar pada masa hadapan. Stay safe selalu Dato’ Hattan walau di mana berada dan gembira bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG OffIcial Hlive, IG Hattan, IG Adam E

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..