” Gerak mulut Haqiem sebut ‘anak coming soon, 1st baby’ .. ” – Netizen
Video Jurufoto Aqo Imran Memuji Wajah Isteri Haqiem Rusli, Anis Sofea Yang Dilihat Semakin Berseri-seri. Namun Respon Yang Diberikan Oleh Haqiem Cur1 Perhatian Ramai. Wahh Semangat Jawapan Haqiem Tu !!
November tahun lalu, penyanyi popular, Haqiem Rusli telah sah bergelar suami kepada gadis pilihan hati, Anis Sofea dengan dua kali lafaz di sebuah masjid di Cyberjaya. Pada majlis tersebut, Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, wang hantaran berjumlah RM100,00 kepada isterinya.
Mengimbau detik percintaan pasangan ini, Haqiem dan Sofea mula menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan dan mula rapat ketika bersama-sama menguruskan perniagaan restoran milik mereka.
Selepas mendirikan rumah tangga, isteri Haqiem ini sering menjadi perhatian warga netizen. Meskipun baru 19 tahun sudah bergelar isteri, Anis kelihatan sangat matang daripada usia sebenar dan tingkah lakunya juga sopan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik jurufoto terkenal, Aqo Imran ada berkongsi satu video yang memaparkan dirinya telah bertemu dengan Haqiem dan Sofea. Dalam video tersebut, Aqo telah menyak4t pasangan ini.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai apa yang dikatakan oleh Haqiem dalam video tersebut. Antara komen-komen netizen :
” Gerak mulut Haqiem sebut ‘anak coming soon, 1st baby’. Kalau benar, tahniah Haqiem dan Sofea. Makin cantik wife Haqiem.. “
” Sopan je tengok Haqiem panggil wife dia, hehe memang berseri2 wajah Sofea, insyaAllah tak lama dah tu, hehe.. “
” Kata tu satu doa, hehe. Alhamdulillah andai benar, tahniah. Comelllnya lah, 6 org ek anak kan Haqiem, hehe.. “
” Jiwa dah bapak2 Haqiem sekarang, mesti comel anak pasangan ni, Haqiem handsome, Sofea pun cantik.. “
” Wahh, betul ke. Best lah tengok diorng ni. Semoga Haqiem dan isteri terus bahagia bersama, tahniah.. “
“Nampak tak, yang single dah engko duduk diam2. Hahaha sempoi je apa jawapan Haqiem tu, hehe.. “
” Betul ke, wahhhh tak sabarnya. Aqo ni memang suka sak4t ye, tp memang nampak berseri betul wife Haqiem.. “
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, semestinya mengimpikan cahaya mata begitu juga dengan Haqiem dan Anis Sofea . Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini. Semoga Haqiem dan Sofea sentiasa bahagia bersama dan dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aqo Imran, Haqiem Rusli, Anis Sofea, Akemsofeafans
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..