” Sedap Dina nyanyi lagu Tokti tapi part last tu kelakar, haha.. ” – Netizen

Video Dina Nadzir Menyahut Cabaran Siti Elizad Menyanyikan Lagu Tradisional Buat Peminat Terhibur. Wah Padu Suara Dina, Merdu Habis. Part Last Tu Tak Dijangka Betul, Tergelak Besar Elizad Dibuatnya !!

Pernah bergelar Naib Juara Malaysian Idol pada tahun 2004, Dina Nadzir juga dikenali sebagai penyampai radio di konti Sinar FM. Jika disebut tentang bakat, Dina antara pemilik suara yang merdu dan mampu membawakan lagu bernada tinggi dengan baik.

Bagi pendengar stesen Sinar FM, suara Dina menyanyi sudah biasa menjadi halwa telinga. Meninjau akaun Instagram Sinar_my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Elizad menyuruh Dina menyanyikan lagu irama tradisional.

Oleh kerana Dina selalu menyanyikan lagu berbahasa Inggeris, kali ini Dina membawakan lagu berjudul Nirmala dendangan asal Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Pada saat Dina mengalunkan suaranya, tercengang sebentar Elizad mendengar kelunakan suara Dina.

Awalnya lembut dan mendayu sahaja sesuai dengan tema irama Malaysia, namun bila sampai ke rangkap akhir, terus bertukar tema rock pula si Dina ini. Aduhai Dina, sempat lagi membuat jenaka. Rock atau irama tradisional, suara Dina memang best.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, posting ini telahpun meraih lebih 4000 tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Tercengang, sekali boleh traditional lah mader. Ampunkan patik Tuan Hamba.. ” – Elizad

” Padu minah ni, part last memang rock. Tapi suara Dina memang sedap pun bawaklah lagu rentak apa pun, semua layann.. “

” Golden voice Dina ni, dia nyanyi lagu apa pun semua sedap. Klau masuk GV sure rating terus naik melonjak.. “

” Sedap Dina nyanyi lagu Tokti tapi part last tu kelakar haha. Aww Nirmala tepat sekali, jadi rock terus lastt tu best.. “

” Sedapnya suara Dina ni, lunak merdu tau. Ala Dina bagi la habis nyanyi lagu tokti ni. I love it, Dina make my day lah.. “

” Sangat sangat power suara Dina kita ni kan. well done Dina, saya terhibur. Bila tradisional bergabung dengan rock, memang lucu haha.. “

” Love sangat suara dina nadzir niee lagu aper pun onss jer dia bawak. buat laa single dina sure melet0p.. “

” Incredible sedap suara Dina ni, part hujung tu aduhai haha. Hujung hujung macam rock pulak Dian ye haha.. “

” Meremang lagu Tokti tu, sedap g1la suara Dina. Dari tradisional tiba-tiba jadi rock, amik nak Elizad hahha.. “

Sudah namanya penyanyi hebat, berilah apa sahaja lagu pasti kedengaran merdu. Mungkin Dina boleh keluar dengan lagu single untuk peminat setia Dina pada masa hadapan. Apa-apa pun, success dan stay safe selalu Dina.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinar_my, IG Dina Nadzir

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..