” Kenapa kita bergenang air mata ni. Sed1h ada, gembira pun ada.. ” – Netizen

Video Percutian Dato’ Seri Siti Nurhaliza Raih Perhatian Peminat. Part Lagu Latar Video Buat Ramai Rasa Tersentuh. Wah Nampak Happy Betul Siti Aafiyah Dan Afwa !!

Meninjau ke akaun Instagram penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza, sebuah video percutian telah dimuatnaik dan ia telah meraih perhatian peminat sehingga mendapat lebih 100 ribu tanda suka buat masa ini.

Pada ketika ini, Dato’ Seri Siti sedang bercuti di Pulau Redang, Terengganu setelah sekian lama tidak bercuti. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Dato’ Seri Siti dan suami serta anak-anak sedang bermain ombak laut.

Ramai peminat berasa tersentuh dengan video yang dikongsikan ini kerana jelas terpancar kebahagiaan Dato’ Seri Siti setelah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata. Kini, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa menjadi penyeri rumahtangga pasangan ini.

Lagu latar pada video tersebut sangat bersesuaian dengan video serta kebahagiaan yang dikecapi oleh Dato’ Seri Siti sekarang. Nampak begitu seronok Aafiyah serta adiknya, Afwa melihat laut dan merasai deruan ombak.

Jom tonton video di bawah :

Ramai mendoakan kebahagiaan keluarga Dato’ Seri Siti agar berkekalan selama-lamanya. Antara komen-komen yang diberikan :

” Mesti tersentuh stiap kali dgr lagu ni. Awal2 keluar dlu mmg repeat bykkkk kali. Alhamdulillah utk kurniaan zuriat buat Tokti.. “

” Alaaa laguu main peranan betull.. semoga bahagia sentiasa.. Aafiyah dah besar mesti glow up ter0k cantik mcm mommy.. “

” Terharu kalo mendengar lagu ini, menyentuh banget.. lagunya pas banget bwt kebersamaan Dato’ Siti dgn suami n anak2.. “

”  Sedih ada. Gembira pun ada. Semoga terus berbahagia hingga ke syurga. Aamiin ya rabbal alamin.. sweet family .. “

” Happy holiday, love u tokti.. semoga terus bahagia.. Jarang nampak encem boy ni dlm ig tokti.. Upload la lagiiii.. “

” Bahagia selalu Datok Siti dan keluarga aamiin.. Alhamdulillah syukur. Seronok.. ger4m seket0l yang didukung tu.. “

” Alaaa, nape kita bergenang air mata ni.. Lagu tu main peranan betul.. Bahagia terus kak iti sayang.. Semoga keluarga tokti dalam jagaan Allah. Suka tgok family ni.. “

Pastinya percutian kali ini amat bermakna buat Dato’ Seri Siti kerana ia merupakan percutian kali pertama Afwa sejak Afwa dilahirkan. Selamat bercuti diucapkan kepada Dato’ Seri Siti dan keluarga. Jaga diri dan jaga keselamatan ketika bercuti di musim pandem1k C0v1d-19.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..