” Kembar yang terp1sah ke ni, serius sama.. ” – Netizen

Video Issey Fazlisham Bertemu ‘Kembarnya’ Raih Perhatian Ramai. Fuhhh Bila Buka Mask Tu, Memang Nampak Serupa Sangat Lagi-Lagi Masa Dia Senyum. Bak Kata Issey, Dia Jumpa ‘Issey’ Versi Handsome !!

Meninjau ke akaun Instagram Issey Fazlisham, perkongsian terbaru yang dimuatnaik oleh Issey telah meraih perhatian ramai. Issey memuatnaik sebuah video di mana Issey telah terjumpa seorang lelaki yang begitu mirip dengan wajahnya.

Issey menemui lelaki tersebut di UTC Sentul apabila ada seseorang menyatakan kepadanya bahawa ada ‘kembar’ Issey yang bertugas di situ. Pada awalnya wajah lelaki tersebut sedang memakai pelitup muka dan tidak nampak seperti seiras Issey.

Namun apabila dia membuka pelitup muka tersebut, sememangnya wajah mereka nampak seiras. Nampak macam kembar dan boleh juga dikatakan seperti adik beradik. Hanya yang berbeza ialah kulit lelaki tersebut lebih cerah daripada Issey.

Bak kata Issey, lelaki tersebut adalah wajah Issey dalam versi handsome. Menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang bersetuju dengan kenyataan Issey tersebut. Wah, memang serupa sangat. Kalau kata kembar atau adik-beradik pun orang percaya ni.

Jom tonton video di bawah :

Ramai yang bersetuju menyatakan wajah mereka berdua sangat sama. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Samaaaaa dek , tapi dia cerah skit.. hahaha tapi cm kembor.. Ok tukar laaa.. Ni boleh jual muka lebih sikit.. “

” Kalau kata adik Issey org percaya. Haha.. kembar yang terp1sah ke ni.. Ada sorang lg nak dkt sama dgn issey.. dia skmo buat live jual brg² combo dkt fb.. “

” Weyhhh srupo sungguh.. sama tpi bukan dia.. cara senyum pun sama.. Buat jiran baru dlm jkkk kg kalut dia buka butik bundle demo tk  kenai bare… “

” Srupo sungguh issey.. bilo dio senyum tu.. haha jupo dh kembar.. Hhaha serius sama yg hensem sikit.. anok2 tuan jabar ni muko serupo.. “

” So betul la teori ade 7 org muka sama ngan kita .. Issey dh jumpa 1 lagi 6 tak jumpa lagi.. Thank you issey. Tak sombong.. “

” Haha.. nak4l molek abe isseyy ter… Tapi sunggoh la abe issy tu.. Kembar sunggoh ter.. Haha.. Supo sey kala jelaa beza.. “

Ada yang kata di dunia ini ada tujuh orang yang memiliki wajah seiras dengan kita. Jiak benar, kiranya Issey sangat beruntung kerana dapat bertemu dengan salah seorang daripadanya. Bukan mudah tau nak jumpa dengan orang yang mempunyai wajah seiras ni.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Issey Fazlisham

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..