” Tahniah terima menantu Datuk Shiela Majid.. ” – Netizen
Video Dan Gambar-Gambar Majlis Akad Nikah Anak Teruna Datuk Shiela Majid, Megat Abdul Majid Raih Perhatian Peminat. Sama Cantik Sama Padan, Gambar Last Tu Sweet Mertua Dan Menantu !!
Sekitar Disember tahun 2020, Ratu Jazz negara iaitu Datuk Shiela Majid ada berkongsikan gambar dan video majlis pertunangan anak keduanya, Megat Abdul Majid. Untuk makluman, Megat adalah anak kedua hasil perkahwinan Datuk Shiela dan komposer Roslan Aziz.
Setelah lebih setahun meng1kat tali pertunangan, tanggal 13 Februari menjadi saksi penyatuan antara Megat dan pasangannya, Nik Nuralia Nik Fauzi. Menurut laporan portal Berita Harian, majlis berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara.
Akad nikah Megat disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Nik Fauzi dan hanya dengan sekali lafaz, sahlah mereka sebagai pasangan suami isteri. Turut dipaparkan suasana ketika dulang hantaran dibawa masuk ke dewan persandingan.
Ringkas sahaja coretan Datuk Shiela di kapsyennya, mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana majlisnya berjalan dengan lancar. Pastinya kehadiran menantu pertama ini bakal memeriahkan lagi keluarga Datuk Shiela.
Jom tonton video di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya.. )
Perkongsian oleh Datuk Shiela ini mendapat perhatian dan rata-rata peminat mengucapkan ucapan tahniah atas perkahwinan anaknya ini. Antara komen-komen :
” Alhamdulillah, congrats Megat. Congrats to the whole family too. Bigger family, muka bahagia ibu dapat menantu last picture tu.. “
” Alhamdulillah, congratulations to the whole family. Syukur ya Allah, dah selamat anak teruna Datuk Shiela.. “
” Congrats once again to the whole family. I wish i could be there with you guys. Sending my love to all of you.. “
” Alhamdulillah. Congrats dear Kak Sheila and the whole family. So happy for you all Sheils. Tahniah Megat dan Alia.. “
” Tahniah Megat dan Alia, semoga kekal sampai ke jannah. So happy for both of you. Tahniah kak Sheila dan family terima menantu.. “
” Selamat pengantin baru Megat dan isteri. Alhamdulillah big congratulations to newlyweds. Tahniah terima menantu Datuk Shiela.. “
” Beautiful wedding, alhamdulillah. Tahniah Kak Sheila dan Abang Acis atas pernikahan Megat dengan pasangannya. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Aamiin.. “
” Tahniah, wah manja dan akrab betul mak mertua dengan menantu ni. Alhamdulillah rezeki, selamat pengantin baru Megat.. “
Alhamdulillah, yang wajib sudahpun dilaksanakan. Bermulalah fasa kehidupan baru buat Megat dan Alia. Tahniah daripada kami di Berita Kopak dan semoga ik4tan perkahwinan ini akan berkekalan dan bahagia sehingga ke jannah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Missmajid, Portal Berita Harian Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..