” Gambar ketiga tu terus menggamit kenangan lah Datin.. ” – Netizen

Datin Lisa Surihani Kongsi Gambar Terbaru Adik Beradik KRU Sebelum Edry Abdul Halim Berlepas Pulang Ke Manchester. Wah Memang Legend Lah Gambar Last Tu, Terus Ingat Lagu ‘Fanat1k’ !!

Sebelum ini, telah dikongsikan oleh Dato’ Yusry Abdul Halim gambar keluarganya yang dapat berkumpul ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Malah menjadi perhatian warganet adalah kelibat adik Dato’ Yusry iaitu Edry Abdul Halim.

Mungkin ramai yang tahu yang sekarang Edry sedang menetap di Manchester sejak tahun 2018 lagi dan mempunyai perniagaan di sana. Turut serta bersama Edry di Manchester adalah isteri serta empat orang cahaya matanya.

Terbaru, menerusi akaun Instagram isteri Yusry iaitu Datin Lisa Surihani telah berkongsi beberapa gambar yang memaparkan Lisa bersama keluarga mertuanya sedang menikmati makan malam bersama-sama.

Kongsi Lisa pada kapsyennya, makan malam bersama keluarga ini adalah sebelum Edry akan pulang kembali ke Manchester. Malah Lisa juga berkongsi gambar terbaru kumpulan KRU versi sekarang buat peminat-peminat yang merinduinya.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa rindu mereka terhadap KRU setelah melihat gambar yang dikongsikan oleh Datin Lisa itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Gambar ketiga tu terus menggam1t kenangan lah Datin. Alah memang rindu sangat dengan fenomena KRU dulu, hehe.. “

 ” Legend ar, ni KRU ersi otai, ehhe. Tiba2 igt dulu2 pernah pergi konsert KRU, memang power lah.. “

” KRU da legend. Tapi all the pose , sebijik mcm pnh tgk dlm majalah “KAWAN” suatu ketika dulu.. “

” Ku terpinga tertanya di dlm dilema, parappa awas, parappa awas, parap awas gerak langkah mu wowoh, ehhh tiberrrr, hahaa.. “

 ” Semakin hensem abng Edri sejak2 duk manchester ni, hehe. Selamat pulang abng Edri, jumpa lagi.. “

” KRU beb, ingat lg ada join kru fanclub. Sanggup kumpul duit belanja sekolah nak join, rasa ada simpan kad fanclub tu, kenangan betul.. “

” KRU Tetap Pujaan Hatiku , tq Datin hehe share gambar paling comel ni. Terubat rindu dengan KRU dulu2.. “

Wah memang special Datin Lisa belanja gambar buat peminat-peminat KRU. Moga  dengan perkongsian ini dapat lah terubat kerinduan peminat-peminat kepada tiga beradik ini. Apa-apa pun, semoga Edry selamat pulang ke Manchester.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lisa Surihani Mohamed, Yusry Abdul Halim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..