” Yeay Alhamdulillah, wah excitednya.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Emoji Baby Di Kapsyen, Posting Isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri Dibanj1ri Dengan Ucapan Tahniah. Wahhh Kalau Benar, Tahniah Fizo Dan Fazeera. Yeayyy Cik Yam Dah Nak Dapat Adik Ke Ni !!

Sejak Fizo Omar mendirikan rumahtangga bersama bekas pramugari, Fazeera Nazri pada bulan Oktober yang lalu, setiap update daripada pasangan ini meraih perhatian ramai peminat. Fazeera yang berwajah lembut ini juga mula mencur1 hati peminat kerana video ucapan motivasinya yang dikongsikan di Instagram.

Baru-baru ini, peminat mula menyedari perubahan pada fizikal Fazeera dan ramai yang mengatakan isteri Fizo kini berbadan dua. Lebih menguatkan andaian peminat apabila sekeping gambar yang dikongsikan menunjukkan Fizo memegang perut isterinya itu.

Meninjau entry terkini di akaun Instagram Fezyra Nesry, sekeping gambar berupa kotak barangan Coach berwarna hitam dimuatnaik. Apa yang menarik adalah kapsyen oleh Fazeera sendiri yang berbunyi ‘ For my upcoming little ‘ berserta gambar emoji baby.

Fazeera seperti mengiyakan khabar angin yang mengatakannya hamil walaupun tidak menyatakannya secara jelas. Ramai peminat yang mengucapkan tahniah di posting oleh Fazeera ini. Wah jika benar, nampaknya semakin meriahlah kediaman Fizo selepas ini. Maryam pun tentu suka bakal ada adik baby di rumah daddynya nanti.

Jom baca perkongsian di bawah :

Setakat ini posting ini telahpun meraih lebih 2000 likes daripada peminat. Rata-rata mengucapkan tahniah buat Fazeera dan juga Fizo. Antara komen-komen peminat :

” Congratulations beautiful lady, wah excited nya. Take care Faz, stay healthy and stay safe always.. “

” Alhamdulilah congratulations princess. semoga murah rezeki selalu buat korang berdua. Eh bertiga hehe.. “

” Yeay Alhamdulilah. Congrats fazz dan abe Joe. Happy for you dear. jaga diri baik baik, semoga sihat sentiasa.. “

” Congratulations fazz. May Allah Ease Everything for you and baby. Aamiin, im so happy for fazz and abe Joe.. “

Alhamdulillah andai benar Fazeera hamil cahayamata sulung mereka, ini adalah rezeki daripada Allah buat Fazeera dan Fizo dikurniakan anak awal. Pastinya tidak hanya Fazeera, malah Fizo dan seluruh keluarga juga gembira dengan kehadiran orang baru nanti.

Sama-sama kita tunggu jika ada sebarang pengumuman daripada Fizo atau Fazeera sendiri tentang berita gembira ini. Semoga segalanya yang baik-baik untuk Fazeera dan Fizo, dilindungi Allah selalu walau di mana berada. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fezyra Nesry, IG Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..