” Cantiknya Nelydia pakai tudung, alhamdulillah.. ” – Netizen

Tampil Jelita Bertudung, Penampilan Terbaru Nelydia Senrose Selepas Pulang Dari Umrah Raih Perhatian Peminat. Andai Benar Sudah Berhijab, Tahniah Buat Nelydia Dan Semoga Terus Istiqamah !!

Pelakon yang juga merupakan adik kepada Uqasha Senrose iaitu Nelydia Senrose antara pelakon wanita yang mempunyai ramai peminatnya tersendiri. Sekitar pada bulan Disember tahun lalu, Nelydia turut bersama-sama kakaknya itu mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.

Semenjak kembali daripada ibadah umrah, masih belum ada sebarang posting baru di akaun rasmi Nelydia. Namun menerusi perkongsian di akaun kelab peminat Nelydia iaitu Nelydiasenrose.fans, beberapa posting dimuatnaik memperlihatkan Nelydia dalam imej bertudung.

Tampil lebih cantik dan manis dengan hijab, peminat mendoakan agar Nelydia terus istiqamah sekiranya benar Nelydia sudah berhijrah. Sejuk mata memandang, tidak hanya di rumah malahan ketika berada di luar juga Nelydia tampil berhijab.

Kebanyakan daripada video-video ini diulangsiar daripada Instastory milik saudara mara dan kenalan terdekat Nelydia. Menggayakan shawl mahupun tudung bawal, Nelydia punya auranya tersendiri yang membuatkan mata peminat tidak jemu melihatnya.

Jom tonton video di bawah :

Antara perkongsian lain yang memperlihatkan Nelydia dalam imej berhijab. Semakin cantik pelakon pujaan ramai ini. Berseri-seri ditambah lagi dengan senyuman manisnya itu.

Pelbagai respon diberikan oleh peminat setelah melihat penampilan Nelydia ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Cantiknya masya Allah, dah berhijab Nelydia. Tengok banyak video Nely dia pakai tudung, cantik dan manis sangat.. “

” Cantiknya Nelydia pakai tudung, alhamdulillah semoga terus istiqomah. Nely ni kan kalau pakai tudung, aku memang minat habis.. “

” Cantik sangat bila dah berhijab.. moga terus kekal macam ni, comel. Alhamdulillah balik umrah ada perubahan yang sangat menyenangkan.. “

” Cantik sangat-sangat kak nely pakai tudung, semoga akak terus pakai tudung.. amin. Suka tengok wajah Nely yang ayu. Tambah menawan.. “

” Suka tengok dah bertudung… makin cantik dan ayu gitu.. Alhamdulillah sis. Semoga berkekalan dan terus istiqomah.. “

” Cantik jer pakai tudung semoga kekal ler hendaknyer bertudung tu lg nmpk manis… akak suka sgt aminn.. “

” Alhamdulillah dah berhijab, sweet sangat. Cantik betul Nely macam ni, lagi bertambah keayuannya. Semoga terus istiqomah.. “

Sehingga kini masih belum ada apa-apa penjelasan daripada Nelydia. Andai benar Nelydia sudah berhijab, alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Semoga segala yang baik-baik untuk Nelydia dan bahagia selalu bersama insan tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nelydiasenrose.fans, IG Nelydiasenrose

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..