” Ehh macam nampak sesuatu, hehe comel lah.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Fizo Omar Sedang Memegang Perut Isterinya, Fazeera Nazri Cur1 Perhatian Ramai. Malah Respon Fazeera Di Ruangan Komen Juga Seolah Memberi Gambaran Mengenai Dirinya. Andai Benar, Tahniah Diucapkan !!
Sebelum ini foto dan video percutian Fizo dan isterinya, Fazeera di laman media sosial telah menjadi perhatian netizen. Ramai yang mula perasan bahawa isteri Fizo Omar sudah berbadan dua kerana kelihatan ‘baby bump’ pada perutnya.
Namun, hingga ke hari ini, Fizo mahupun Fazeera lebih selesa mendiamkan diri untuk berkongsi adakah hal tersebut benar atau pun tidak. Malah baru-baru ini juga, menerusi salah satu rancangan televisyen iaitu Melodi, ada bertanyakan kepada Fizo mengenai kebenaran isterinya hamil dan Fizo memberikan respon tidak mahu berkongsi apa-apa mengenai hal itu.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Fazeera, telah memuatnaik gambar terbaru dirinya bersama Fizo. Sekali lagi, gambar pasangan ini telah mencur1 perhatian warganet kerana menerusi gambar itu, Fizo sedang memegang perut Fazeera yang kelihatan seperti ‘baby bump’.
Ada yang menyatakan bahawa jelas terlihat ‘baby bump’ pada perut Fazeera dan memuji Fazeera kelihatan makin berseri-seri sekarang. Hingga kini gambar terbaru Fazeera dan Fizo itu telah mendapat lebih 8 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang turut memberikan ucapan tahniah kepada pasangan ini andai benar Fazeera sedang hamil. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tahniah semoga d prmudhkn segala urusan d brbahagia hingga ke jannah brsama insan yg d sygi d cintai.. “
” Ehh macam nampak sesuatu, hehe comel lah. Andai betul, tahniah buat pasangan sama cantik ni, tak lama lagi bertambah lah ahli keluarga.. “
“Yeayyy Cik Yam nak dapat adik dah. Dah nampak sangat baby bump comel tu. Tahniah Fazeera dan Fizo.. “
” Berseri-seri wajah mummy to be ni, gambar ni dah cmfrm2 terjawab soalan netizen sebelum ni, hehe tahniah guys.. “
” Awwww comelnya baby bump you, berseri2. Alhamdulillah murah rezeki korang, smga terus bahagia bersama.. “
“Wow Congratulations Beautiful Sis, I Pray For Smooth Pregnancy For You, Yeah It’s A Season To Be Jolly, Says Santa Claus.. “
” Tahniah Fizo dan isteri, dah nampak bby bump. Comel lah gambar ni, hehe tumpang happy untuk korang.. “
Selain itu, kelihatan respon oleh Fazeera pada ruangan komen juga seakan memberikan gambaran tepat berkenaan dirinya sekarang.
Wow ramainya yang ucap tahniah kepada Fazeera. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini. Andai benar, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah, semoga Fazeera dan kandungan sentiasa dalam keadaan sihat selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fezyra Nesry, Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..