” Positive vibes, sukanya dengar. Cukup matang kata-katanya.. ” – Netizen

Membincangkan Tentang Rasa Syukur, Video Kata-Kata Motivasi Isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri Raih Perhatian Ramai. Cukup Bernas Dan Penuh Dengan Aura Positif. Wah Untung Abe Joe !!

Usia bukanlah penanda aras untuk mengukur kematangan dan kebijaksanaan seseorang. Bagi si cantik manis bernama Fazeera Nazri yang juga merupakan isteri kepada Fizo Omar, kata-kata dalam setiap videonya menarik perhatian peminat.

Petah berbicara dalam bahasa Inggeris, butir bicara Fazeera memberikan motivasi kepada pendengar. Jika sebelum ini Fazeera bercakap mengenai isu tindak balas terhadap kata-kata krit1kan dan komen-komen bur0k dan videonya itu ditonton hampir 145 ribu tontonan.

Terbaru di Instagram Ffezyranesry, telah dikongsikan satu lagi video motivasi baru dan ianya berkisar tentang rasa syukur. Ungkap Fazeera, syukur tidak menjadikan kita kaya namun ia akan membuat kita berasa kaya.

Ada orang kekayaan melimpah ruah, namun tidak bahagia dan mengimpikan kebahagiaan seperti orang biasa. Menggunakan air di dalam botol sebagai perumpamaan, Fazeera mengatakan insan seringkali memikirkan apa yang tidak dimiliki berbanding mensyukuri apa yang telahpun dipunyai.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, video oleh Fazeera ini telahpun meraih lebih 61 ribu tontonan. Rata-ratanya kagum dan suka mendengar setiap ayat yang dipertuturkan Fazeera. Antara komen-komen peminat :

” Wow What a great words from u.. btw im no 1 fans. looking for more videos from u Fazeera. Love u syg. im so thankful n gratitude to have u my life.. ” – Fizo Omar

” So calming and peaceful the way you talked. Touching sampai kita menang1s dengar ungkapan kata Fazeera ni.. “

” Saya rasa tersentuh dan tenang sekali mendengar kata-kata ni. Thank you Fazeera, you are so motivated person. Adore you.. “

” Beauty with brain, cukup matang kata-katanya dan terasa aura positif yang dibawakan Fazeera. Thanks for sharing.. “

” Gratitude will not make you rich, but it makes you feel rich. Such a nice word, you such a wonderful lady that beauty with brain.. “

” Lemah lembut dia cakap, mudah faham apa yang dia sampaikan. Your words never fail to motivate me. Thank you for this, I appreciate itthanks for sharing Fazeera.. “

” Positive vibes, sukanya dengar. Macam guru kaunseling dah. Cantik dan bijak, untung Fizo ada wife macam ni.. “

” Lembut je orangnya, selalu share perkara yang positif. Suka tengok, cantik dan bijaksana. Untung abe joe ada wife macam ni.. “

Banyak yang dapat diambil daripada video oleh Fazeera ini, sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun cuma hal yang kecil. Itulah rasa bahagia yang sebenar. Semoga Fazeera juga sentiasa gembira bersama insan tersayang dan success selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fezyra Nesry

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..